Skip to main content

Hidup Susah Itu Bagus

Sejak Nazif lahir rasanya seperti aku selalu mengeluh dengan perbelanjaan kehidupan yang semakin ketat. In a way lah aku mengeluh. Bukan secara direct, tapi sentiasa dalam fikiran kot. Topik ni juga yang selalu di bincangkan dengan habi. Agak sukar sbnrnya nak re structure balik perbelanjaan yang dah bertahun selesa tu. Bila dah kurang selesa, pening kepala macam mana nak bagi selesa balik.

Banyak dah benda yg perlu dilepaskan. Tak boleh suka hati joli sana sini beli baju & toys anak-anak. Memang dah tak boleh. Dah beberapa bulan aku cuba untuk manage balik my financial wisely. Dan berbulan tu juga aku gagal. Dah jadi habit beli sana sini. Ingat senang ke nak ubah sekelip mata? Belum masuk tengah bulan dah sengkek. Tgh bulan harapkan duit medical claim. Itupun kalau ada. Kalau takde melanguk la menghitung hari menunggu hari gaji. Sampai macam tu sekali. Tak sangka kena hadap situasi ni sekali lagi. 

Sekali lagi sebab dulu masa Naurah dah lahir gitu jugak. Nak manage balik expenses drp hidup berdua kepada bertiga. Now drp bertiga kepada berempat pulak. Cost of living sekarang kemain lagi naik mendadak. Usually orang yg dalam kategori pendapatan sederhana mcm aku & habi tak terasa sangat. But this time kami mmg sangat terasa huhuhu

Tragedi MH370 membuka mata aku yg terlalai dek duniawi. Tiba-tiba je kan masuk pasal tragedi ni. Ape kena mengena dengan  perbelanjaan bulanan keluarga aku pulak kan? Well, memang perbelanjaan tu akan problem entah sampai bila. Tapi masih lagi hidup kot. Syukur. Tak sampai tahap ikat perut lagi. Syukur jugak.

Kena mengenanya ialah bila aku membaca artikel tentang kehidupan akhir zaman. Aku yg menyerabutkan kepala otak aku adalah tentang kesusahan hidup di dunia. Sedangkan dunia ni bukanlah kekal selamanya. Kenapa perlu takut utk hidup susah? Memang sepatutnya kita ibu bapa dah ajar pd anak-anak tentang hidup susah. Aku dulu masa kecik kecik hidup susah jugak. Tak pernah merasa abah belikan toys & baju baru setiap bulan. Tapi tengok anak-anak aku. Diorang tak mintak pun. Tapi aku yg ajar mereka tentang kemewahan. Salah aku jugak kan.

Anak-anak yg pernah hidup susah ni mentaliti nya lain taw. Beza dgn anak-anak yg tak pernah rasa susah. Sebab pernah rasa susah, kita jadi orang yg lebih bersyukur bila dah besar. InsyaAllah kita akan jadi orang baik-baik je nanti. Begitulah pd fikiran aku.

Naurah dah pandai la meminta macam-macam. Hasil didikan aku jugak tu. So jgn nak salahkan anak sangat lah. Aku tgh nak muhasabah diri ni. Nak betulkan balik arah tuju hidup kat dunia ni spy kat akhirat sok aku takkan rasa susah sebab dapat masuk Syurga. How I wish. InsyaAllah.

Gaji yang baru dapat ni berazam taknak beli toys & baju baru utk anak-anak. Toys dah banyak & baju bajan pun banyak. Pakai jelah apa yang ada. Kita mulakan dengan langkah pertama ini ye. Adakah anak-anak aku akan sedih bila aku buat mcm ni? I dont think so. Aku je yang melebih-lebih sebenarnya. Habi pun dah tegur hari tu. Tq sayam for reminding your not so grateful wife ni =P

Manusia mmg mudah alpa. Lalai. Ampunkan aku ya Allah :"( Stop whining & hadapi dunia ni dengan penuh ketabahan. Bring it on!!!













Gambar sekitar Naurah warded di Nilai Medical Centre. Harap hari ni dah boleh discharge. Amin.









Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…