Jom Balik Kampung

Pagi tadi masa tengah siapkan Naurah utk ke tadika, tiba-tiba dia menangis. Dah kenapa pulak tetibe nak menangis budak ni. Aku pun start nak meng hangin lah kan. Tapi sabar dulu, lets ask her why first . Suddenly she said that she missed nenek & want to go to her house. Alahai...kesiannya. Maybe sebab dia nampak gambar cousin dia Abu Bakar kat henfon aku ritu dia jadi teringat kat rumah kampung sane.

Sebenarnya memang kami nak balik Johor minggu ke-3 nanti. Kebetulan Kak Som update yang kursus Umrah Sabtu ni kat Masjid Besi, Putrajaya dibatalkan. Memang kami bajet nak pergi Sabtu ni sbnrnya. Nak pergi jauh-jauh leceh skek dengan anak kecil 2 orang tu kan. Nak bersiap pagi bagai. 

So dah kebetulan plan utama tak jadi, ajak jelah habi balik weekend ni. Last kami balik sana pun bulan 12 last year. Dah 2 bulan lebih tak balik. So mari lah kita balik ye anak-anak sekalian.

Catuan air rumah kami pun dah berlansung start Khamis last week. Dijangkakan Jumaat & Sabtu ni takde air juga. So aku pun apply la cuti Jumaat ni. Harap hari Khamis malam dah boleh bertolak balik ke Johor lepas maghrib ke kan. Moga Allah selamatkan perjalanan kami pergi & balik. Amin.









Popular Posts