Naurah Sudah Discharged

Syukran ya Allah. Naurah sudah pun discharge semalam =) So PIL terus bawa balik budak berdua tu ke Semenyih. Malam tadi aku & habi pack barang & balik sana jugak. Biarlah diorang cuti sekejap daripada sekolah & taska. Kuarantin dulu kat rumah tunggu betul-betul sihat. 

Naurah warded hari tu sebab jangkitan kuman pd paru-paru. Buatkan dia batuk non stop sampai termuntah-muntah & susah nak bernafas. Dah jadi mcm asma/semput. Alhamdulillah tak jadi perkara yg lebih buruk even agak lambat bawa ke hospital/klinik utk dapatkan rawatan. Aku salahkan diri aku & habi dalam perkara ni sebab ambil ringan ttg batuk Naurah tu. Sbbnya batuk tu start malam. Siangnya kami dah bawa dia jumpa Dr. Yap & dia kata lung Naurah clear. Tu yg tak sangka malam tu rupanya ubat yg Dr. Yap bagi tu pd pendapat aku trigger masalah dlm lung Naurah masa tu.

Right after habi bagi Naurah makan ubat, batuknya makin menjadi. Sampai tak boleh nak tidur dibuatnya budak tu. Rasa bersalah sangat kalau ingat. Masa tu fokus lebih pd Nazif sbb secara kasarnya keadaan Nazif nampak lebih kritikal drp Naurah. Rupanya terbalik :"(

Hari Jumaat kami decide bawa Naurah ke office. Naurah sampai je kat ofis aku masa tu dlm pukul 10am. Kami pergi kerja berasingan kereta. Masa tu Naurah masih batuk non stop & aku dah tak sedap hati. Office mates dengar batuk Naurah & urged pergi klinik panel kami kat Street Mall tu. Aku pun laju start kereta pergi & sampai je klinik Naurah muntah lagi. Dr. Vaisuki terus suruh Naurah masuk, check her lungs & take neb gas. Dia kata mmg Naurah dah susah sangat bernafas masa tu. Boleh collapse kalau lambat bawak T____T ya Allah, bersalahnya aku rasa masa tu. Rasa nak menangis tapi tak nangis jugak. Aku mmg mcm tu. Kenapa tah...hurmmm...

Lepas ambil neb Naurah nampak lega. Batuk pun dah tak teruk sangat. Lega sangat masa tu. Doc soh dtg balik after 2 hours utk dia follow up. So aku lepak je kat maintenance office Street Mall & bagi Naurah tidur on my lap. Datang balik klinik & doc suggest for her to be warded. Doc tulis surat refer & aku terus informed habi. To Nilai Medical Centre we go. For 6 days Naurah warded kat sana under insurans company Allianz. Tapi borang kemasukan tu under Asia Assistance. Lantak lah even aku tak faham kenapa gitu. Yang penting covered & kami tak perlu nak keluar duit yg banyak like usual.

Bil semalam RM4,600+ gitulah. Kami cuma perlu top up sikit utk harga bilik sbb allocation utk kami tak mencukupi. Habi bayar dalam RM260 gitulah. Sokay je. Dah syukur sangat dah kot nak banding RM4k+ yg covered tu. Alhamdulillah =)

Thank you for your wishes & prayers to my kids. Hanya Allah yg layak membalasnya.

Thank you Dr. Yap =)

Jalan-jalan kat taman kecik dalam hospital

Harta kami dunia akhirat, InsyaAllah

Haha adik dah rimas

Sampai dah jadi pro

Kakak & adik. Take care each other for the rest of your life ok!

Happy dah boleh discharged =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat