Nazif Is Okay

Salam Jumaat yang penuh barakah =)

Alhamdulillah Nazif memang ok je. Aktif macam biasa. Ngempeng mcm biasa. Hemsem mcm biasa. Hehehe. Cuma malam tadi masa dia tidur mcm tersedak terbatuk. Ada kahak gaknye kat tekak dia tu. So habis lah dia muntah susu mencurah-curah keluarnya. Dia tu kalau dah start muntah memang all out. Dia mcm loya gitu jadinya. Sedih je aku tgk susu keluar membuak dgn banyaknya. Sayangnya lahai :"( Harap ada dah la antibodi & nutrien susu yang dah masuk serap dalam badan dia. Amin.

Pagi ni pun Nazif nampak normal je. Happy je melompat bila di agah kakak. Aku & habi drive berasingan sebab habi akan kerja lagi sampai lewat malam/pagi. Buat trouble shooting dengarnya. Lately kerap pulak dia kena kerja lebih masa ni. Mestilah dlm hati aku tak berapa nak suka kan. Kalau boleh nak dia sentiasa ada dgn kami 24jam. Setakat nak masuk 5 tahun berkahwin ni tak pernah lagi perkataan jemu tu muncul dalam kamus hidup aku bab mengadap muka suami ni. I always love having him around me & the kids. Its a blessing.

Kalau terserempak kat office pun masih lagi perasaan excited tu ada. Sebab kami berlainan dept. bukan senang nak nampak muka masing-masing. Kalau terserempak tu mcm ajaibnya. Hahaha. Poyos. Kerja habi bukan mcm aku asek melanguk kat office. Dia selalu ah keluar sana sini g site/tenants office.

So even aku tak berapa gemar habi kerja lewat, tapi aku redha jelah. Dah namanya mencari rezeki. Makan gaji. Amanah tu kenalah jaga sebaiknya. At least on weekends dia masih selalu bersama kami. Kalau ada down mane-mane je dia terpaksa gak g site. Alhamdulillah ianya sangat jarang berlaku. Kalau jadi kdg aku request nak ikut sbb boring dia takde. Tapi sejak Nazif lahir tak pernah lagi follow. Masa Naurah sorang dulu pernah gak ikut dia ke ex CCC Building kat server room bawah tu. Sejuk gilos. Huhu ^^ Serabut wayar ntah pape sana sini. Aku lepak je main henfon sbb ada wifi free hakhakk. Naurah sebok kacau ayah nak cucuk wayar kat port bwahaha =P

Nazif malam tadi. Cubaan utk senyum. Susah betul nak snap gambo dia senyum

Naurah pagi ni sebelum ke kindy. Hari ni ada kelas taekwondo. Hiyarkkk!






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat