Permulaan Kisah Naurah Warded

Budak-budak tak sihat semalam. Tak sampai hati nak tinggalkan & pergi kerja. Kemuncaknya bila Nazif dah demam. Sebelum ni cuma flu & batuk je. Last-last laki bini EL & kami bawa budak-budak ke Nilai Medical Centre jumpa Dr. Yong baik hati tu. Suka sangat dengan pendekatan Dr. Yong ni. Umur dia pun baya kitorang je. Ada 2 anak perempuan lebih kurang baya Naurah gitu. Dr. Yong ni sangat teliti bila check budak-budak. Pastu akan tanya banyak details pd ibu bapa. 

Kalau anda yang kurang prihatin pada anak, akan terasa malu bila tak dapat nak jawab soalan dia. Rasa macam tak ambil berat kat anak. Padahal kita kekadang memang tak boleh nak jawab sebab anak-anak bukannya 24 hours dengan kita. Kat taska/tadika, kita pun tak tahu diorang macam mana :"( Kalau pesan suruh bagi makan ubat pd waktu sekian-sekian pun tak tahu memang dibagi ke tidak. Benda macam nilah yang kadang rasa nak sangat jadi suri rumah jaga anak-anak sendiri. Hurm....

Dr. Yong bagi next appointment utk Nazif 3/4hari lagi. If tak baik lagi, memang kena bawa kesana lagilah. Naurah doc bagi masa dalam seminggu. Malam tadi Naurah batuknya makin teruk pulak lepas bagi ubat cair kahak & batuk. Agaknya dia ikot aku kot jenis tak boleh makan ubat batuk. Aku kalau batuk memang takkan makan ubat batuk sebab nanti tekak lagi rasa gatal. Lagi teruk jadinya. So memang biar baik sendiri je. Minum air masak banyak jelah utk legakan batuk tu.

Nazif pagi tadi nampak better. Malam tadi pun dia tidur lebih lena dr malam-malam sebelumnya. Takde blocked nose srott srett yang buatkan dia merengek tak selesa. So hantar dia ke taska hari ni rasa lapang la sikit hati. Pesan kat owner suruh bagi ubat flu & batuk je tengahari nanti. Demam if dia demam lah. Pagi tadi tak demam dah.

Naurah pulak terpaksa habi bawa ke office. Thank god bos habi pun takde. Sama dengan bos aku bercuti panjang. Gilir-gilir lah jaga Naurah. Dia dah besar tak banyak hal sangat. Tak sampai hati nak hantar kindy dalam pada dia batuk teruk gitu. Sampai termuntah-muntah dibuatnya. 

Get well soon my kids. Esok InsyaAllah akan ke Masjid Besi, Putrajaya utk mengikuti kursus Umrah. Moga Allah permudah.







Post ni ditulis pd hari Jumaat last week tapi tak sempat di post kat sini sbb kelam kabut hantar Naurah ke Nilai Medical Centre. Hari ni hari ke -5 dia warded. Selagi dia demam, selagi tu doctor taknak release even her lung dah clear. Mudah-mudahan esok dia dah tak demam & blh discharge. Amin.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat