Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya














Sabtu lepas kami keluar lepas Asar. Tujuan utama nak hantar kereta office yg habi pinjam Jumaat tu sebab balik lambat. Lepas hantar kereta, aku ajak habi ke Taman Saujana Hijau ni. Opismate habi yang suggest. Katanya lawa sangat scenery sebab atas bukit. 

Takde signboard nak masuk ke taman ni. Landmark cuma Balai Polis Presint 11. Right after balai, turn left & nampak dah kereta parking. Kami sampai lambat sebab dah terlajak kedepan. Pukul 7 petang baru hegeh-hegeh nak berjalan. Tapi bila sampai tu macam terkesima je tengok keindahan taman tu. Macam kat oversea gitu. Feeling ke Pulau Jeju, Korea. Haha.

Siap jumpa 2 couple shoot pic for wedding. Naurah biasa la suka bila nampak pengantin cantik ber make up bagai. Siap berhenti kejap tengok the pengantin. Orang yg lalu lalang situ kalau nampak Naurah mesti suka tengok dia sbb lady like sangat. Dgn heels dia tu. Bajet princess gitu la. Hahaha. Mood dia pun baik nak pakai cekak rambut beli kat pasar malam RM5 tu. So lagi la nampak pretty girl gitu. Tengok omaknya pulak, pitams. Hahaha.

Takpelah..zaman mak dah berlalu. Biarlah spot light tu jatuh pd anak-anak aje. Mak ayah low profile sudah =P

Nanti nak pergi lagi kat sini. Track jogging dia jauh okay. Turun naik  bukit. Sesuai sangat untuk aku & habi practice jalan banyak utk ke Tanah Haram sok. Risau aku kami tak sampai lagi ke tempat parking sedangkan azan Maghrib dah berkumandang. Risau kat budak-budak tuelah kan. Jalan laju-laju sebab nak cepat sampai. Berpeluh habis dibuatnya. Nazif dah tertidur dalam buggy masa tu.

Next time tak boleh datang lewat sgt.

Geng wassap, jom kita gathering kat sini snap pics lawa-lawa ^^






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat