Tentang Naurah Pulak

Asyik cerita pasal anak-anak aje lately. Mostly tentang Nazif. Siapa kata anak nombor dua kita akan kurang bercerita berbanding anak pertama? Sekarang Naurah pulak dah tenggelam ceritanya. Awak dah lama jadi spotlight dalam blog ibu dulu. Now bagi chance kat adik lah pulak yer. Ibu cuma cuba nak berlaku adil je. Ye ke adil? Hehehe =P

Tak banyak yang menarik tentang Naurah yang aku nak ceritakan pd umurnya sudah genap 4 tahun last month. Sejak masuk kindy, dia memang dah power bab bacaan dalam Solat & doa-doa harian. Biasalah ada sebutan yang salah etc. Tapi pelan-pelan kayuh lah. Bila dia silap baca, aku & habi betulkan. Macam tu jelah. Tak ada apa nak kejar sangat pun bagi dia dalam pelajaran kat sekolah ni.

Tujuan kami masukkan dia ke kindy pun sebab dia yg dah ready. Dia yg dah tunjukkan minat. Kalau belum minat, kami pun taknak paksa. We just want to see her happy. Thats all. Banyak jugak dah buku aktiviti yang dah Naurah selesaikan masa kat kindy. Buku yang dah settled, baru dia bawak balik. 

Naurah tak pernah bawa balik homework. Which is aku rasa memang tak perlu pun budak seusia dia dibebankan dengan benda macam tu. Malam adalah masa utk keluarga. Untuk bergurau senda & bergelak ketawa. Masa untuk televisyen & bermain. Aku suka pendekatan yang owner tadika terapkan utk pelajarnya. Selalunya waktu malam tu jugalah Naurah rajin mengulang hafalan bacaan solatnya. Itu je dah cukup bagi aku.

Naurah jugak selalu bawa balik kraftangan yang dia buat dengan kawan-kawan kat sana. Buat topi lah, ikan lah, sampan lah, topeng lah. Kreatif. Kalau ditanya belajar apa kat sekolah? Dia kata takde belajar apa-apa. Aku rasa semua yg kita kata dia belajar tu dia tak rasakan pelajaran kot. Sebab seronok membuatnya. Agaknya lah.

1 April nanti tadika Naurah akan membuat lawatan pertama mereka ke Kilang Roti Gardenia & Masjid Shah Alam. Bayaran yg dikenakan ialah RM35 sekepala. Sebab Naurah dah pernah pergi ke Zoo Negara & Taman Burung kat KL last year masa di taska lama, aku takdelah rasa risau sangat macam pertama kali pergi dulu. Aku yakin Naurah pandai bawa diri & selamat bersama cikgu & kawan-kawannya. InsyaAllah. Aku suka juga bila Naurah join aktiviti macam ni. Satu pendedahan yang bagus utk budak seusianya.

Have fun okay Naurah!!


Bukan senang nak snap gambar dia skrg ni

Nazif kena paksa

Hahaha...adik dah susah nak di handle skrg ni

Hahaha =P






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat