Aku Dah Ada Pemanggang Ajaib

Harap habi lebih rajin memasak lepas ni. Eyhhh???? Hahaha

Boleh la beli buku resipi PA gini. Rugi tak kirim dekat Mid masa dia offer belikn ritu

Made In Korea okayyyyy not China hehe

Ada cerita di sebalik cerita tentang pembelian Happycall aka Pemanggang Ajaib (PA) ni. Sebelum ni wasap dengan grup sekolah rendah & menengah tentang PA ni. Kawan aku yang duduk dekat dgn rumah kami si Huda kabo yang dia boleh dapat PA pd harga RM73 if beli secara borong lebih drp 5 PA kot. Ketebalan PA ialah 32cm. Kira dalam la. PA updated version.

Offer dia tu untuk bulan lepas. Aku pulak dah takde sen nak beli. So cakap pass ajelah. Next time la beli kalau ada lagi offer best ni. Tiba-tiba masa aku dalam bilik dgn Nazif malam td, Huda wasap ckp dah letak PA depan pintu rumah. I was like ???? Rupanya dia dahulukan duit dia beli utk aku PA ni. Ya Allah, tak sangka la pulak baiknya kawan aku sorang neh. Ritu dia cakap takde sen jugak nak dahulukan duit dia beli utk kami-kami yg sengkek neh. 

So memang tak sangka la aku akan dapat PA dlm masa terdekat ni. Dah rezeki aku gaknye kan. So hari ni ingat nak transfer duit by m2u kat dia. Malangnya henfon aku tertinggal kat rumah -..- InsyaAllah esok ye Hud aku transfer. 

Tqsm. Mmmuahhhsss. Seronok bila ramai kawan-kawan yang baik hati & tak berkira. Pd aku ini salah satu rezeki jugak dalam kehidupan kita kat dunia ni. Jom kita perbanyakkan lagi solat sunat Dhuha. Sesiapa yang buat solat sunat Dhuha ni mesti akan rasa keajaiban dalam kehidupannya. Tak pernah lagi aku jumpa orang yg buat solat sunat Dhuha ni cakap takde kebaikkan yg berlaku dlm hidupnya after diamalkan. Semuanya mesti kata keajaibannya. Ada perubahannya.

Siapa nak rasa keajaiban tu, buatlah sunat Dhuha =)





Popular Posts