Ujian Datang Dalam Pelbagai Bentuk

Hari ni aku berjubah hitam siap berstokin. Saja nak biasakan diri dgn uniform masa kat Tanah Haram nanti. Sejujurnya aku memang banyak koleksi jubah. Masa pregnant ritu pun pakai jubah banyak cuma beli yang saiz lebih besar. Lagi satu orang yg badan besar mcm aku ni biasalah ada kurang keyakinan diri skek kan nak pakai baju yg curvy. So jubah adalah pilihan yang paling mudah.

Sometimes aku rasa bersyukur jugak berbadan besar & kurang keyakinan diri bab berpakaian ni. Sebabnya bila aku rasa mcm tu, aku akan cuba utk menutup lebih banyak kelemahan badan yg ada. Secara tak lansung menutup aurat dgn lebih baik walaupun tidak sempurna. Tak sempurna tu sebab tak pakai stokin. Lopong aje kaki tu. 

Tapi niat nak berstokin tu memang dah lama berlegar dalam otak. Terfikir jugak nak pakai kasut. Tapi aku rasa rimas pulak. Pakai stokin dgn sandal mcm licin la pulak. Asyik nak lari je sandal dari kaki. Jadi tensyen pulak. Serba tak kena apa yang aku cuba buat utk cuba menutup aurat dgn sempurna ni.

Tapi pergi ke Tanah Haram nanti rasanya aku memang takkan ada pilihan kan? So aku cuba pelan-pelan start drp skrg utk biasakan diri. Niat di hati mmg banyak lagi penambah baikkan diri yg aku cuba capai selepas balik dari sana nanti. Pada aku semua benda yg kita nak buat bermula drp niat. Niat tu paling penting sekali.

Cth macam impian nak buat Umrah ni. Dah bertahun aku berniat nak pergi. Mmg naaaakkk sgt-sgt. Kumpul duit kedek-kedek sampai akhirnya Allah berikan jalan. Dia permudahkan. Dia lembutkan hati habi & bermacam lagi lah yg Dia tolong. Semuanya bermula hanya drp niat yg disimpan dalam hati.

Kemudian Allah uji pulak dgn anak-anak. Bagi seorang ibu bukan perkara yg mudah utk kita tinggalkan anak-anak terutamanya yg kecil macam Nazif tu. Dgn breast feed nya lagi. Allah je tahu betapa runsingnya fikiran kita ni. Ramai yang tewas bila di duga dgn ujian anak-anak ni. Ramai juga kawan-kawan aku yg begitu.

Aku bukan nak riak cakap aku ni hebat & berjaya melepasi ujian tu. Tapi aku cuma nak share pemikiran aku bahawasanya ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Setiap keputusan yg kita ambil, fikirlah semasaknya. Bertawakkal lah kepada Allah. Bersangka baik lah pd Dia. Semuanya terpulang lah pd diri kita. Nak kuat ke nak lemah. Kalau kita pilih nak kuat, InsyaAllah kita akan kuat. If pilih nak lemah, memang akan lemah lah kita.

Kalau kita rasa Allah tu yg paling utama dlm hidup kita, maka kita buktikanlah. Jangan jadikan anak-anak sbg penghalang. Kalau kita jadikan mereka sebagai penghalang, sampai bila pun kita takkan pergi ke sana. Klu alasan skrg anak masih kecil, esok-esok alasan yg lain pulak timbul. Anak nak exam lah, anak tak sihat lah, anak taknak berpisah lah. Then sampai bila???

Ianya mmg ujian.

Sepatutnya aku berasa bangga bila berjaya menutup aurat dgn sempurna. Tapi kenapa aku rasa segan? Aku segan pd manusia. Aku ni bukannya baik mana. Banyak je perangai & sikap aku yg tak elok sana sini. Bila menutup aurat dgn sempurna, aku rasa mcm aku membawa imej Islam kemana-mana. Patutnya sikap aku pun kena selari dgn pemakaian. Tapi aku pun tak tahu camne lagi nak bagi perangai lebih baik drp skrg. Harap Allah tolong cantikkan sifat dalaman aku sekali. InsyaAllah.

Bak kata penceramah mana entah. Kalau nak jadi pendakwah tu kena sempurna serba serbi, takkan ada seorang pendakwah pun yg akan wujud di muka bumi ni. Sbb Allah jadikan manusia memang tiada yg sempurna. Waima Rasulullah SAW sekalipun. Kerana baginda juga pernah ditegur oleh Allah dalam al Quran dalam beberapa peristiwa.

So aku kuatkan semangat. Jangan fikir pandangan manusia pd aku. Fikirkan pandangan Allah sahaja. InsyaAllah.

Ujian selepasnya ialah ISTIQOMAH. Hidup kita memang takkan pernah lari drp ujian. Ujian hanya berhenti setelah kita mati. Wallahualam.



Ujian datang dalam pelbagai bentuk

Kamu berdua juga merupakan ujian bagi ibu & ayah





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat