Lusa

Lusa InsyaAllah aku & habi akan berangkat ke Madinah & seterusnya ke Mekah. Ianya semakin hampir. Allahu Akbar. Allah je yang tahu apa yang bermain di otak ni. Apa perasaan yang dirasai skrg. Ianya kompleks. Sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

Refresh semula dengan membaca berulang kali mengenai ibadah Umrah. Berharap semuanya melekat dalam otak. Kalau boleh nak buat semua perkara yang disunatkan. Gambaran awal sudah mulai terbayang di ruang mata. Sudah tidak blur. InsyaAllah.

Betulkan semula niat utk apa aku kesana. Untuk apa aku sanggup meninggalkan anak-anak. Berharap Allah kurniakan hati yang tabah & cekal. Berharap dipermudahkan segala urusan & dapat menjaga seterusnya mendidik hati & mulut sepanjang berada disana.

Moga diberikan fizikal yang kuat & sihat utk beribadah sebanyak-banyaknya. Moga dapat istiqomah setelah balik ke Malaysia. Moga menjadi muslimah yang lebih baik drp sekarang. 

Ya Allah, terlalu banyak yang aku harapkan hasil daripada perjalanan rohani ni nanti. Hanya kepada Allah aku meminta segala pertolongan.

Tiada daya & kekuatan melainkan dengan keizinan Allah.

Cukuplah Allah bagiku.

Bersabarlah wahai hati.

Semoga rezeki ini berterusan hingga ke waktu yang sesuai. Amin.







Popular Posts