Muzium Haramain, Mekah

Dah sampai...


Kena jerit ngn Pak Arab muzium sbb lambat masok HAHAHA


Vision board of Masjidil Haram at 2020

Haa...of kos semua org tau ape ni kan?


Pintu Kaabah dulu

Tiang struktur Kaabah dulu

Mimbar or mihrab??? Lupa. Sabo jelah


Mushaf Uthmani orginal. Perghhh...beribu tahun dah usianya ni


Vision board for Madinah rasanya ni


Kesian pompuan neh hahaha

2 ruang masuk bawah Kaabah tu ada perigi air zamzam. Now dah tutup utk umum

Alat menentukan masuk waktu solat zaman dulu




Dulu perigi zamzam tu dikelilingi pagar besi ni




Kulit kambing ni dulu jadi tempat simpan air zamzam. Koleh sebelah tu pn sama ah



Aku rasa korang aware tentang penyakit MERS yang merebak di kalangan jemaah umrah baru-baru ni. Di sebabkan itu Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan khas kepada semua travel agency umrah utk membatalkan lawatan ke ladang unta. Ini kerana virus MERS telah disahkan aktif hidup di dalam tubuh badan unta oleh kerajaan Arab Saudi yg mungkin telah menyebarkan virus itu kepada manusia yang ada berdekatan dengannya. Wallahualam.

Kami sepatutnya melaksanakan umrah kedua pd waktu pagi. Tapi pihak Tabung Haji telah membatalkan lawatan ke ladang unta in a short notice. Kami dah siap sedia dengan pakaian utk mengerjakan umrah & diberitahu ada taklimat pendek di dewan makan. Rupanya lawatan ladang unta dibatalkan dan miqat umrah di Tanaiem di tunda pd waktu petang. Ramai yg kecewa sebab kebanyakkannya memang dah bersiap sedia & bersemangat nak melakukan umrah kedua.

Akhirnya kami berpakat utk pergi sendiri ke Tanaiem utk miqat umrah dengan menyewa van pada kadar 10 riyal pergi & balik. Pihak Tabung Haji bbrp kali memohon maaf & rasa bersalah sebab ramai yang decided nak pergi sendiri. Kami cuma berlapang hati. It just that kami dah bersiap & bersemangat nak buat umrah. Rasa tak syok nak naik bilik & tunggu sampai petang pulak. Kami cuba untuk berlapang dada.

Cuma pd aku pihak Tabung Haji boleh je teruskan ke Tanaiem bagi yang nak berniat umrah mcm kami. At least sediakan 1/2 bas ke kan. Tak kisahlah tak ke ladang unta pun. Apa kena mengena dengan tak boleh nak ke Tanaiem? =)

Usai umrah kedua, kami terus solat Zohor di Masjidil Haram & pulang ke hotel. Di lobi kami terjumpa mutawif Ustaz Aziz yang menyuruh kami utk tetap ikut ke Tanaiem even dah mengerjakan mengerjakan umrah kedua sbb bas akan singgah ke Muzium Haramain terlebih dahulu. Mula-mula aku malas nak ikut sebab penat buat umrah kedua masih belum hilang. Tapi bila habi kata nak pergi, aku gagahkan juga diri utk turut serta. Alhamdulillah aku tak menyesal ikut sama sebab bukan senang nak dapat peluang ke muzium ni. Ada mutawif tu kata spjg dia bw jemaah umrah, ini cuma kali kedua dia dapat masuk ke muzium ni sbb susah katanya nak dapat kelulusan dr pihak muzium. Wallahualam.

Aku banyak selfie kat muzium ni sbb habi sebok dgn kamera dia snap semua benda. Tak kuasa dia nak layan aku soh amek gambo -.-"

Kesian kan aku? Hehehe

Enjoice the pics ^^









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat