Semakin Hampir

Alhamdulillah. Mungkin doa kalian & doa orang-orang yang hampir dengan aku sudah dimakbulkan Allah. Dia sudah permudahkan jalan untuk aku. Terima kasih semua. Hati sudah ada kelapangan & ketenangan. InsyaAllah =)

Proses berkunjung ke rumah Allah bukannya sesuatu yang mudah. Tak tahulah bagi orang lain. Tapi bagi aku memang ianya satu perjalanan yang agak panjang sebelum dapat direalisasikan tak lama lagi, InsyaAllah.

Bab kos, bab keizinan & persetujuan suami, bab masa yang sesuai & bab kesanggupan. 

Bab kesanggupan tu depends on ourself  lah. Sanggup ke tidak nak berpisah sebentar dengan anak-anak. Its not an easy things to decide when you are a mother. Betapa besarnya kasih sayang kita pada anak-anak sehingga perumpamaan kasih sayang seorang ibu tu di comparekan dengan kasih sayang Allah Taala pada kita hambaNya yang jauh lebih besar berkali kali ganda.

Tak terjangkau dek akal kasih sayang Allah pada kita. Kasih sayang ibu pd anak merupakan kasih sayang yang paling besar dapat dirasai oleh seorang manusia di dunia ni. Kasih sayang yang berkali ganda drp tu can we imagine it?

Betapa Allah itu bersifat ar Rahman & ar Rahim. Maha Pengasih & Maha Penyayang. Subhanallah.

Serasa tidak percaya aku yang serba kekurangan ni berpeluang utk melihat sendiri depan mata tempat yang sangat magical. Tempat yang bersejarah berpuluh ribu tahunnya sejak Nabi Adam & Hawa di turunkan ke dunia. Zaman Nabi Ibrahim membawa ke zaman Nabi kesayangan kita Rasulullah SAW.

Berkunjung ke rumah Allah merupakan satu jemputan khas drp Allah. Benarkah aku sudah di jemput?

Banyak cerita yang kita dengar tentang ada orang yang kesana tak dapat membuat ibadah atas sebab-sebab yang Allah dah tetapkan. Pasti ada pengajarannya di situ. Tidak patut kita bersangka buruk pd Allah. Dia lebih mengetahui segalanya.

I am scared. I am scared if Allah tidak 'redha' pada aku. Banyak buat dosa. Kurang buat amal ibadah. Siapa yang tak takut????

Akhir-akhir ni aku selalu terkenang dosa-dosa silam. Aku mohon Allah ampunkan dosa-dosa aku. Aku sedar akan sesuatu. Aku mempunyai fikiran yang jahat. It just a thoughts. Bad thoughts. Sedih gila kot bila sedar tentang kelemahan ni. Tak tau nak buat mcm mana selain hrp Allah ampunkan ajelah. Agaknya hati aku ni kotor & hitam gaknye kalau boleh di lihat dgn mata kasar.

Makin hampir waktu nak kesana, makin banyak telahan yang bermain di fikiran. I voiced it out to habi & he calmed me untuk berlapang hati dan buat sahaja apa yang perlu dibuat. Don't think too much. Perempuan. Memang suka fikir banyak kot. Sigh.

Moga Allah permudah. Amin.












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat