Umrah 2014 - Masjid Nabawi & Madinah

Maaf ye semua kalau update aku macam laju-laju je cerita. Kalau nak cerita panjang lebar macam takkan habis pulak rasanya. Nanti korang jugak yang boring baca hehe. So aku update scr ringkas & padat jelah ye. InsyaAllah, bagi yg belum pernah pergi kesana, dapatlah gambaran awal tentang keadaan kat sana nanti. Mudah-mudahan terbuka hati utk kesana. 

Semuanya bermula drp niat. Apa pun ibadah kita, Allah suruh mulakan dgn niat. Bila niat dah ada, kita usaha. Lepas usaha, tiba masanya akan sampai juga giliran kita. Kadang kita tak jangka pun kita dah dijemput. Tapi benda yang baik tak selalunya mendapat jalan yang mudah. Akan ada bbrp lagi ujian drp Allah utk kita. Kita kena kuat & tekad. Jgn mudah mengaku kalah. Kadang Allah nak bagi kita pahala lebih, so Dia uji lepas satu...satu. Apa pun kita niat buat amal ibadah hanya untuk Dia. Kita buktikan Dia adalah No. 1 dalam kehidupan kita. InsyaAllah akan nmpk jalan yang mudah =)

Ini baru Umrah. Aku dah diuji dengan pelbagai kesukaran. Teruskan bersangka baik pada-Nya. Ini salah satu pelajaran yang aku kutip sepanjang proses pergi ke rumah-Nya. Segala kemudahan & kesukaran, bersangka baik lah. Itu saja.

Akhirnya flight kami berlepas jam 3.20pagi & selama 8 jam lah kami bertapa di dalam perut kapal terbang. Ianya meletihkan mental & fizikal. Sampai nak makan pun rasa tak lalu sgt. Tapi kena makan jugak sbb perlu byk tenaga nak buat amal ibadah bila dah sampai nanti kan? =) Bila sampai sana, mmg yg di fikiran kita cuma nak pergi masjid solat jemaah & buat amalan yang lain. Fokus itu aje. Yang lain tu cuma sampingan je. Ianya berlaku secara automatik.

Bye-bye Hotel Boulevard & Midvalley =P

Kaki kanan aku menjejaki Tanah Haram Madinah yang nyaman pukul 7.30pagi waktu di sana. Bergenang air mata waktu tu. Ya Allah, akhirnya aku di jemput :"( Terima kasih ya Allah. Kami terus di bawa menaiki bas menuju ke hotel berdekatan dengan Masjid Nabawi. Selepas makan, aku & habi tidur dek keletihan perjalanan yang panjang & sedihnya rasa hati bila kami sama-sama terlepas solat Zohor berjemaah di Masjid Nabawi. Sememangnya ia bukan rezeki kami.


Tong tong berisi air zamzam yang sgt fresh rasanya. Beza dgn yg dibawa balik ke Msia

Subhanallah

Sentiasa penuh

Teringat kat anak-anak

Kejadian tu menguatkan azam aku utk lebih all out. Dan itulah yang aku lakukan dlm waktu yg sgt suntuk di Madinah. Malamnya kami dibawa oleh mutawif wanita Indonesia dlm misi utama Ziarah Dalam utk memasuki Raudhah iaitu taman Syurga di tapak rumah Nabi SAW. Malam itu saja peluang yg ada. Waktu masuk ke Raudhah bg wanita ada masa-masa tertentu tak spt bg org lelaki yang 24jam boleh masuk. Selain waktu malam, waktu pagi & tengahari juga dibuka. Tp waktunya agak singkat. Better buat lepas solat Isya' pd waktu malam.

Kami bergerak dlm kumpulan kecil lebih kurang pukul 10pm sampai di perkarangan masuk ke dalam ruangan Raudhah & pukul 11.30 malam baru berkesempatan menjejakkan kaki ke karpet hijau yang istimewa itu. Di situ terlalu sesak. Mula-mula aku menjangkakan memang takkan ada peluang utk bersolat sunat dlm keadaan begitu. So aku & Kak Som cuma berdoa sepantas-pantasnya memohon apa saja yg terlintas difikiran dalam keadaan berasak-asak.

Entah macam mana akhirnya spt ada ruang utk kami boleh bersujud dlm kesesakan & tolak menolak itu. Aku sempat buat solat sunat taubat je. Kemudian tolakan semakin hebat. Akhirnya aku berundur tp tak semena-mena mutawif Indonesia yang membawa kami ada depan kami & menghalang org yg berasak lantas menyuruh kami bersolat. Kami gunakan peluang yg ada & aku dpt buat solat taubat & hajat sekaligus. Alhamdulillah. Kemudian mutawif menerangkan bbrp tempat yg ada di Raudhah pd aku seorang personally. Dia tunjukkan mimbar Rasulullah & bbrp Tiang special yg ada di sekitar kawasan Raudhah. Lepas tu aku pun berundur dr karpet hijau dengan perasaan yg puas & terharu.

Menunggu giliran kami masuk ke Raudhah

Payung yang sgt indah

Jemaah dr Malaysia, Indonesi, Brunei & Singapore di kumpulkan

Semakin hampir

Atap Majid Nabawi yang boleh dibuka. Dpt menyaksikannya usai Solat Zohor. Subhanllah

Sayangnya ada jemaah Malaysia yang tidak mahu bersolat dlm keadaan berasak begitu. Mana mungkin kita dapat solat dengan tenang dlm ruangan yg sangat special begitu kan? Yang umat Islam seluruh dunia mendambakan utk solat sunat yg doanya makbul begitu. Wallahualam.

Masjid Nabawi merupakan masjid yang sangat indah binaannya. Hati terpaut dengan kecantikan milik Allah yang dipinjamkan pd umat manusia. Lebih-lebih lagi ada jasad Nabi SAW yang sangat kita kasihi di situ. Aku mohon mendapat syafaat drp Rasulullah SAW di akhirat kelak. InsyaAllah.

Masa berlalu dengan pantas. Paginya ada Ziarah Luar di sekitar Kota Madinah. Kami telah ke Masjid Quba', Jabal Uhud & ke ladang Kurma. Kat Masjid Quba' selipar aku hilang. Hehehe. Memang orang ambil sebab selipar Kak Som dlm kotak yang sama ada je kat situ. Hampir-hampir aku cilok selipar lain. Sebbaek ada companion yang bagus mcm Kak Som yg mengingatkan ttg dosa mengambil hak orang. So merasa la berstokin je berjalan ke kedai berdekatan beli selipar 5 riyal. Thanks Kak Som sbb ingatkan. Pdhal sblm pergi sana dah niat klu selipar hilang jgn ambil selipar org lain. Tapi bile dah jadi bebetol ada pulak niat tak baik nak cilok selipar org lain sbb malu nak berkaki ayam kesana kesini. Sabor jelah. Pengajaran tu. Nmpk sgt hati ni tak suci mana huhu.

If dari hotel kita ambil wudhu' & tak batal sampai solat sunat Tahiyatul Masjid di Majid Quba', pahalanya menyamai dengan melakukan 1 kali umrah. Wallahualam. 

Masjid Quba'
Jabal Uhud paling best. Kami semua 7 companions dr kampeni yg sama naik ke atas dgn gagahnya. Kemain posing masing-masing. Tak sangka yang paling gedempol dlm grup kecik ni pun dapat naik dgn bantuan suaminya hehehe. Kalau tergelincir hempap dia habis penyek kot. HAHA.

Bukit Uhud tidaklah tinggi mana. Tu yang ramai orang atasnya tu lah =)


Sempat saja suami isteri ni. Hehe. Untung dpt suami yg suka melayan =P


Turun bawah ramai orang berjual. Tak disyorkan sgt membeli sbb berhabuk


My great companion. Kak Som =)


Kami beli semua kurma utk di bawa balik ke Malaysia di ladang kurma inilah. Kat Mekah takde beli kurma dah kecuali yg fresh aku beli personally sbb terasa nak sgt mkn kurma masa kat sana. Belilah kurma fresh sebekas 10 riyal. Siap dpt bw balik Msia sikit masok dalam peti ais ^^

Kurma fresh yg disejuk beku

Rasanya mcm buah ciku yg rangup

Licin

Esoknya kami bergerak selepas Asar dr Madinah ke Bir Ali utk miqat Umrah yang pertama sebelum menuju ke Kota Mekah. Usai solat Zohor berjemaah di Masjid Nabawi, kami terus melaksanakan solat Asar scr Jamak Takdim. Kami tiba di Bir Ali ketika waktu Maghrib & melakukan Jamak Takdim Isya' sekali. Kami sampai ke Kota Mekah pukul 11.30malam, ambil wudhu' di bilik & terus menuju ke Kaabah utk tawaf umrah yg pertama.

Selamat tinggal ya Rasulullah. Selamat tinggal Masjid Nabawi. Walaupun masa disana sangat singkat, moga segala ibadah yang kami lakukan diterima Allah SWT. Amin.







Popular Posts