23.05.2014 = 5 Tahun


Tak berapa hari je lagi genaplah 5 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Walaupun masih muda lagi usianya, tapi tetap rasa berbangga & bersyukur lah kan. 5 tahun kahwin dikurniakan sepasang anak sebagai penyejuk mata & tempat menumpang kasih sayang. Juga dengan harapan bila kami suami isteri dah tak ada sok, dapatlah kiriman-kiriman doa daripada anak yang soleh & solehah. InsyaAllah.

Seronoknya hidup berumah tangga. Rugi kahwin lambat taw! Kalau nak rasa erti kebahagiaan sebenar, dah nampak calon yang sesuai, cepatkan jelah bernikah. Hidup berdua seronok, hidup bila dah ada zuriat lagi lah bertambah seronok.

Tapi....haaa...tetap ada tapinya jugak. Haha. Lidah mana yang tak pernah tergigit. Lautan mana yang tak pernah dilanda badai. Macam tu jugaklah hidup berumah tangga. Untuk mendapat rumah tangga yg bahagia, tetap kena ada usaha. Usaha utk memahami & menerima seadanya kelebihan & kekurangan pasangan kita. Kelebihan tu of kos lah takde masalah nak terima kan? Yang kekurangan tu selalunya akan jadi punca perbalahan.

Bersabar lah. Inilah perkataan yang paling femes dalam apa jua keadaan yang memeritkan. Bukan senang nak sabar. Sebab tu lah pahala sabar ni besar nilainya di sisi Allah. InsyaAllah kalau kita dapat bersabar, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan =)

Buat kesekian kalinya, aku panjatkan kesyukuran pd Allah kerana menjodohkan aku dengan seorang lelaki yang baik. Yang family man. Yang mendahulukan isteri & anak-anak lebih drp kehidupan yang lainnya. Jadi tak banyak masalah yang timbul bila dapat pasangan yang macam ni. Lelaki yang susah utk meninggikan suaranya. Lelaki yang sayangkan anak-anaknya. Lelaki yang senang di bawa berbincang. Lelaki yang rajin membantu membuat kerja rumah. Hurm..membantu ataupun memang dia yg uruskan rumah sebenarnya? Hehehe. Ya. Begitulah suami saya. Suami idaman para isteri. Saya yang telah mendapatnya. Jangan jeles. Hehehe =P

Aku dapat suami yang baik sebab aku ni banyak kekurangan. Jadinya, dia adalah pelengkap kepada kekurangan tu. Kekurangan yg ada pada dia pula merupakan kelebihan yang ada pd aku. So we are perfect for each other. Gittew.


Aku harap Naurah & Nazif happy dapat ibu ayah seperti kami. Kami memang bukan orang berada. Kalau dikira dari segi pendapatan bulanan, kami ni masuk kategori miskin bandar layaknya. Tapi kami pun tak susah mana. Cukup makan pakai. Ada tempat tinggal & kereta utk kesana sini. Dalam pada tak banyak duit, boleh jugak aku bersalin kat hospital private. Cumanya dengan susah payah lah mengumpul duitnya kan? Hehe. Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada. Tak pernah putus walau tak banyak mana.

Untuk anak-anak, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik. Bila sakit, kami bawa ke hospital private juga. Sebab itulah penting utk anak-anak ada insurans perubatan & simpanan. Even dah ada insurans syarikat, kalau ada yang peribadi tentunya lebih baik. Sebagai back up juga sekiranya insurans syarikat tak menanggung keseluruhan perbelanjaan. Mana kami nak cari duit kalau jadi perkara besar yang tak di ingini?

Kalau nak ikutkan memang kami tak mampu. Tapi kuasa Allah, duit yang tak berapa nak banyak tu sentiasa ada. Rezeki anak-anak. Memang akan rasa susah sikitlah. Sengkek belum sampai tengah bulan pun lagi. Tapi takdelah sampai tak cukup makan lagi. Cumanya kena puasa bab kehendak yang bukan-bukan. Selalunya ini bahagian aku lah. Hahaha. Nama pun perempuan =P

Dalam pada tak banyak duit, Allah rezekikan juga kami suami isteri ke rumah-Nya tahun ni. Rezeki yang tidak terjangka. Nikmat Tuhan yang manakah mahu aku dustakan? Terima kasih Allah kerana sudi menjemput kami hamba-Mu yang hina ini. Rezekikan lah satu hari nanti kami sekeluarga lengkap dapat kesana pula ya! Amin ya rabbal alamin.

Kalau di kira dari segi logik, kami memang tak mampu banyak benda kat dunia ni. Tapi Allah sangat pengasih & penyayang kepada kami. Kami dikelilingi ahli keluarga yang pemurah & baik hati. Yang tak berkira hal duit dengan kami. Dapatlah kami menumpang kesenangan orang yang suka berkongsi rezeki yang dimilikinya. 

Terima kasih pada kedua ibu bapa kami yang baik hati. Adik-adik ipar, kakak-kakak ipar & abang ipar yang suka memanjakan anak-anak kami. Kami sememangnya dikelilingi dengan orang-orang yang baik hati. Nikmat Allah yang manakah mahu kami dustakan?


Terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan pada keluarga kecil kami. Aku suka berfikir begini. Bagaimanakah caranya utk aku membalas segala kasih sayang & rahmat Allah ini? Caranya ialah dengan berusaha menjadi hamba-Nya yang terbaik. Selalu mengingati Dia. Perbanyakkan ibadah kepadaNya. Thats the only way isn't it? Sebagai tanda kita bersyukur.

Aku cumalah manusia yang lemah. Dimata manusia pun aku ada banyak kekurangan. Dalam pada aku cuba untuk tidak dibenci & tidak disukai manusia pun, tetap ada juga manusia yang tak suka dengan diri aku. Aku dah cuba utk jadi manusia yang baik. Tapi kesukaan dan ketaksukaan orang lain pada aku tidak lah dapat aku kawal.

Ada satu kata-kata yang aku jumpa di FB yang menarik perhatian semalam. Ianya dipetik drp kata-kata Ustaz Kazim Elias.

" Kita baik macam mana pun, tetap ada orang yang tak suka. Jadi buat lah perkara yang baik-baik. Kita hanya mencari keredhaan Allah. Kalau ada yang tak suka, itu urusan dia dengan Allah. "

Allahu. Terubat rasa hati bila membaca kata-kata di atas. Kita tak berniat utk menyakitkan hati sesiapa. Tapi kalau orang berburuk sangka pada kita, apalah daya kita? Kalau orang terluka dengan perbuatan atau kata-kata yang kita tiada niat utk menyakitinya, apakah daya kita?

Aku hanya mampu meminta maaf. Itu sahaja. Kalau masih ada rasa dendam & tidak puas hati di hatinya, moga urusan itu antara dia dengan Allah sahaja. Wallahualam.

Mudah mudahan aku pun berlapang dada dengan orang yang melukakan hati aku. InsyaAllah. Forgive & forget. You can do it Sharena!

OK. Dah melalut banyak. Bila masuk bab emosi, memang senang nak melalut kat sini. Hehe.

Harapan aku ialah moga keluarga kecil kami ni sentiasa mendapat rahmat, kasih sayang & perlindungan dr Allah di dunia & di akhirat. Amin. 

My forever favourite quote.

" Jagalah Allah, Allah menjaga mu "


^___________^















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat