Are Ready For Us KK?

Esok kami sekeluarga plus Mak, Abah, Kak Ya & adik bongsu Hirraz akan bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. This is me, habi & Naurah second time visiting KK. Kak Ya pun dah pernah pergi masa dia kerja kat Labuan. First time for Abah, Mak & Hirraz. Ohhh first time for Nazif too ^^ Lupa pulak si kenit tu huhu

Aku dah booked flight & hotel to KK since last year lagi. Masa tu buat pilihan antara Bandung & KK. Tak lari jauh pun expenses antara 2 tempat ni. Tapi habi berat ke KK sebab dia dah rindu seafood kat sana yang murah & mabeles. Akhirnya aku pun beralah. Jomlah kita ke KK lagi for our 5th anniversary holiday. We went to KK for the first time back at 2012 (3rd anniversary holiday).

Last time kami ke Dairy Farm, Kundasang. Tengok lembu baka New Zealand & feeling macam dekat sana sekali hehe. This time, kami mahu ke Pulau Manukan. Kalau bercuti 3 hari 2 malam, dengan budak kecil pulak, memang semput nak cover 2 tempat sekaligus. Jadinya kita pilih Kundasang dulu & this time kita tengok ikan pulak.

Debar jugak sebenarnya ni nak naik flight for the first time with Nazif. Naurah first time naik flight masa celebrate our 2nd anniversary di Kuching. Masa tu dia dah 1 tahun 3 bulan macam tu lah. Naurah OK je. Dia kan jenis behave girl. Nazif nampaknya lebih cepat dapat naik flight drp kakaknya. Baru nak masuk 10 bulan. Tengah melasak. Tu yang seram skek aku rasa guane lah keadaan dia esok for 2 hours 30 minutes in the flight @__@ 

Aku dah plan pagi tu lepas bangun tidur, taknak bagi dia tidur sampai lah dah masuk dalam plane. Dengan harapan dia tido nyenyak sepanjang perjalanan. OK tak plan aku ni? Hahaha. Kali ni memang taknak ambil risiko duduk terpisah antara kami. So habi booked seats bersebelahan antara kami. Nazif would be sitting on my lap, Naurah at the center & habi.

Naurah really looking forward for her 7th time flying kalau tak silap aku. Harap awak happy lah hajat awak nak naik aeroplane & staying at hotel tercapai yer kakak. Last year 2013 memang kami stop flying sekejap due to my pregnancy. So maybe Naurah pun rasa dah lama sangat tak naik plane. Rindu barangkali. Bila anak-anak seronok, kita pun rasa seronok 2 kali ganda ^^

Bila Kak Ya dapat tau kami akan ke KK, dia pun tergerak hati nak join sekali. Takkan pulak aku nak kata tak boleh kan? Mengarut sangat! Tanya habi, dia pun sokay je. So emel dia itinerary & dia pun booked flight yg sama dengan kami pergi balik. Hotel je yang berbeza tapi berdekatan. Dalam kawasan One Borneo Hypermall juga. Senang nak pick up bila nak pergi mana-mana nanti.

Dengan adanya Kak Ya, tak risau sangat la pasal belanja makan-makan. Hahahaha. Cheapskate punya olang. 

Doa moga Allah permudahkan percutian kami nanti. Selamat pergi & balik semuanya. Amin.

See you guys on Monday! InsyaAllah.

Imbasan gambar kenangan di KK 2012.








We love KK. 

KK, here we come =D











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat