Bersabar lah

Sifat sabar ni nak keluar dari mulut memang senang je. Yang susahnya nak praktik. Ye tak? Kadang orang mengadu masalah macam-macam dekat kita. Kita pun dengar dengan tekun. Kalau ada yang kita boleh tolong, InsyaAllah kita akan tolong. Tapi bila tak ada apa yg mampu kita buat, kita cuma boleh kata 'bersabar lah'. Itu saje.

Kadang aku rasa bersalah jugak sebab cuma boleh kata 'bersabar lah'. Macam tak membantu lansung kot. Tapi memang tak boleh nak buat apa kadang tu. Harap dengan menjadi pendengar yang setia, dah cukup baik utk dia. Mudah-mudahan.

Last Saturday kami ke KLIA2. Saje nak riki tempat baru sebelum fly ke KK tak lama lagi for our 5th anniversary of marriage holiday. Dekat je dengan rumah kami. 15 minutes dah sampai. Terbaekkk.

Kami jalan-jalan & masuk kedai kasut Jelly Bunny. Comelnya kasut utk budak-budak. Saje jelah soh Naurah try test. Skali dia berkenan as usual kasut kaler pink. Mmg cute ah tgk dia pakai. Harga pun masih dlm kemampuan kami. Duit pun ada. Tapi kami kena realistik. Baru sangat beli kasut tinggi Kiki Lala kat Aeon hari tu. Dalam kereta pn bersepah kasut dia sampai serabut otak aku tengok.

So aku & habi declined her request eventho dalam hati rasa kasihan. Naurah budak yg baik. Bila kami dah kata tak payah, dia akur. Tunjuk dia bunny besar, dia happy balik mcm biasa. Takde nak protes ke apa. Maybe dia pun faham kasut dia memang dah melambak ada.

I said to her, 'bersabar lah'. Nanti - nanti kita boleh datang sini lagi beli bila masanya dah sesuai ok! And she said OK. 

=)

Bila bawa Naurah keluar tengok aeroplanes, dia merengek. ' Kakak nak naik aeroplane!! '. Bersabar lah kakak. Minggu depan kita naik yer. Kena bersabar lagi. Hihi

Mendidik anak ni bukan pkr yg mudah. Sometimes kita memang kena said NO walaupun sbnrnya kita boleh/mampu tunaikan apa yg anak mintak tu. Dia kena belajar tak semua benda yang hatinya nak, dia boleh dapat. 

Sebab kehidupan kita pun tak selalunya indah. Ada banyak dugaan & cabaran. Nak dapatkan sesuatu kena ada usaha, pengorbanan & kadang air mata.

Aku jugak dalam proses bersabar. Bersabar dr menurut kehendak hati. Kalau ikutkan hati, nak je resign jaga anak-anak. Tapi realitinya tak boleh nak resign sbb banyak komitmen perlu dipikul. Tanggung jawab tu tak mampu di galas oleh habi sorang je. So here I am. Bersabar dengan segala benda berkaitan kerja ni.

Kalau bukan sebab suami & anak-anak, memang aku takkan bekerja di sini lagi dah. Aku bersabar demi mereka. Orang-orang yang aku sayang. Kalau dengan bersabar boleh membuatkan mereka gembira, aku rela. Moga Allah permudah.



Selfie 3 beranak. Habi kat depan x boleh join. Rugi oihhh

Dah pandai main bersama. Kelakar tengok hahaha




Popular Posts