Jelly Cake, Pokok Daun & Bubur Nasi


Kek jelly ni di hadiahkan oleh orang untuk staff office. Menarik kan? Ritu aku upload yg flower. This time fruits pulak. Kalau korang nak try jelly cake, boleh lah jenguk website qjelly.com. Ada 2 kedai. 1 di Bdr Puteri, Puchong. Another 1 kat 1Utama Shopping Mall. Cake ni Halal yer. Harga agak mahal la. Rasa dia mcm lengkong. Tau? Hahaha. Kalau org Johor biasa panggil lengkong lah. Johor ke Jawa? Entah hihi. Agar-agar dlm bahasa biasanya. Ada rasa pandan skek gitu. Sejuk-sejuk mmg heaven lah makan. Aumm! Haha




Pokok kat atas ni pulak penyeri meja setelah sekian lama tiada pokok hidup diatas meja. Ini pun hadiah juga macam jelly cake diatas. Murah rezeki staff PMD hehe.



Haa, kat atas ni pulak bubur daging+kentang+carrot yang aku masak utk Nazif malam tadi. Setiap hari tak missed si bujang tu dibekalkan dengan bubur nasi pelbagai variasi. Ini first time perkenalkan dia dgn daging. Siap beli Australian Beef ko! Kemain lagi kan. Beli potongan kecil tak mahal mana pun. Bukan pakai banyak sgt pun utk bubur baby ni. Cincang halus, campak je dalam. Aku rasa buburnya sedap uolls. Naurah pun selalu cilok bubur adiknya. So aku memang selalu je masak lebih. Kadang mak pun cilok sama bila datang otak senget dia tu. Hahaha. 

Cepat membesar ye Nazif. Harap bila bawa awak check up & injection masa 1 tahun nanti, berat awak tidak lagi berada di bawah garisan normal. Last timbang berat badan dia masa di KK last week. Kami pergi ke Klinik Damai kes ulser dia hari tu. Bila timbang, wahh naik drp 7kg masa check up 9 bulan di Annur kepada 7.9kg. Alhamdulillah. Happy sgt masa tu dengan habi. Hover sangat. Padahal Nazif tengah merengek masa tu sbb ulser tu kan. Ibu Ayah dok happy psl berat dia pulak ^^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat