Kecewa Dan Rasa Tertipu

Beberapa bulan yang lepas, aku mengetahui hakikat sebenar tentang keburukkan peribadi orang ternama di negeri kelahiran. Betapa kecewanya aku rasa bila mengetahui kebenaran itu. Ye, kebenaran tu selalunya pahit untuk ditelan. Apatah lagi kebenaran yang tidak baik. Yang indah khabar daripada rupa.

Aku patah hati. Remuk redam apabila mengetahui kebenaran itu. Hinggakan aku unfollow semua page yang berkaitan dengannya. Aku dah taknak mengingati apa-apa tentangnya lagi. Everything connects to them are all lies. Or most of the news are lies. Bila kita dah tak dapat nak bezakan berita benar & palsu, seeloknya kita tinggalkan sajalah. 

Makanya aku skrg sangat sceptical tentang apa saja berita yang berlaku di negeri kelahiran kesayangan itu. Kasihannya kami rakyat yang sebenarnya telah banyak dibutakan mata & dipekakkan telinga. Menyembah & menyanjung hormat pada mereka yang tidak layak diberikan penghormatan sebenarnya. Masih ramai yang tertipu. Kasihan.

Raja adil raja di sembah, Raja zalim raja di sanggah.

Agaknya mereka menyangka kehidupan hanya akan berakhir di dunia. Atau mereka menyangka mereka takkan mati? 

Biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya. Kisah mereka kita jadikan sempadan. Harta benda, wang ringgit takkan dapat di bawa masuk kubur. Kalau dapat pun apa gunanya pada kita?

Itulah antara godaan dunia yang sukar ditepis manusia. Harta, pangkat, wanita (nafsu). Moga kita ambil iktibar. Hiduplah seadanya. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Wallahualam.

Sesuai tak letak pic ni? Haha





Popular Posts