KK Last Day

Sebenarnya banyak pics yang di snap sepanjang holiday singkat ni. Tapi kat merata henfon lah. Yang ada kat henfon aku memang ciput je sebab pemalas lipas nak charging. So asek tet tet tanda dah nak habis bateri. Menyampah lak dengar. So kdg memang tak bawak la kemana-mana. Aku rajin snap pics. So mintak je henfon sesape snap. Tu yang merata sana sini pics. Korang hadap apa yang ada dlm hp aku jelah ye. Soweeee...

OK sambung last part di KK. Hari terakhir kami keluar agak lambat pagi tu. Pukul 10pagi kami check out from hotel & terus ke Pasar Filipin. Kat area situ memang banyak lagi pasar yang ada. Pasar Besar KK, Pasar Ikan, Pasar Kraftangan, semuanya ada kat Jalan Tun Fuad Stephen ni. Usually orang yang cuti ke KK ni memang suka la duduk kat Marina Court Apartment or Promenade Hotel sebab dekat dengan tempat shopping barang kering & basah utk dibawa balik ke semenanjung sok. Hotel bajet pun ada kat sekitar ni. No worries. Sesuai la utk yang single. Utk family kurang selesa sikit lah kan.






Settled beli amplang, ikan bilis, udang kering, sotong kering etc. Kami jengah Pasar Ikan kat sebelah tu. Semuanya fresh. Udang, ketam, ikan semuanya murah-murah boleh di pek & bawa balik by flight. But this time kami tak beli pape pun kat situ. Macam takde mood gitu. Boleh? Nanti di akhir cerita kita akan tahu kenapa =)

Penat shopping, kami gerak ke Masjid Kota Kinabalu utk berehat-rehat & solat jamak takdim. Dah hilang penat, kami gerak ke Tanjung Aru. Rugi sangat kalau tak ke Tg. Aru ni sebab dengan Terminal 2 Airport dekat sangat dlm 10 minit je. Ke tak sampai? So kami menikmati suasana tepi pantai buat kali terakhir di KK & having lunch at medan selera di sana. Kat Tg. Aru ni ada restoran yang aircond juga. Tapi kami pilih medan selera lah kan. Lagi banyak pilihan & view lautan luas pun tersangat lah menarik.


Tahukah anda bahawa pisang goreng di KK adalah sangat sedap & murah? Masa kat hotel Grand Borneo, kami sempat tapau Pisang Goreng Cheese. Panas-panas makan ramai2 macam sekelip mata je dah habis kot. Hahaha. Punyelah dah lapuk PGC ni. Aku barulah first time makannya =P Habi pun kata sedappp.

So masa kat Tg. Aru nampak pisang goreng terus adik aku beli. Cumanya tiada lah cheese kan. Tapi sedak jugak. Apekessss??? Dah lah murah RM2 dapat 10 keping. Mak aku kata Pisang Nipah. Sama mcm PGC kat hotel. Pisang Nipah kat Sabah besar & manis. Aihh..mmg sedap lah. A must try if korang pergi ke KK. Recommended by me. Hehe. 


Masa kami melepak kat Tg. Aru nilah hujan turun selebat lebatnya di bumi KK. Dah bajet dah flight will delayed. Tapi tetaplah kena menepati masa kan? So dlm hujan lebat tuelah kami redah ke Terminal 2. Jem skek tapi sebab dekat takde hal lah. Jem sbb hujan lebat sgt tu je. Check in luggage, masuk dalam & tengok penuh manusia. Dah banyak flight delayed rupanya. So menunggu lama lah kami dari pukul 5.30 petang sampai lah flight kami yang delayed tu akhirnya sampai dari KL & berlepas semula ke KL pukul 12.30pagi. Sempat tido dalam Surau lagi. Yang kesiannya Nazif & Naurah lah kan? Mak Abah pun kesian lah jugak. Orang tua kudrat pun tak banyak mana kan? Dah lemah lutut bagai bila berdiri lama.


 


Dinner malam tu Air Asia belanja KFC 1 barrel. Jadi lahhhhh. So dah tahu kenapa kami takde mood nak beli seafood basah masa kat Pasar Ikan? Hehe. Kalau beli habis cair lah ais semua. Kalau rosak, lagi lah sedih huhu.

Sampai di klia2 pukul 3pagi camtu. ERL semua dah tak beroperasi. Kena tunggu 5.30pagi baru ada. Tak larat dah nak menunggu lagi. So sewa 1 teksi biru ke ERL Salak Tinggi. Perjalanan 15 minit pun dah kena RM52 yer. Biasalah tu pasal guna meter. Starting je dah RM6. Pastu ada lagilah additional charges yang tah hape-hape. Sebab fikir semua orang dah tak larat je kami redah. So since ada 2 kereta, aku & family terus balik ke rumah while Hirraz pick up the rest of everyone & the luggages at klia2 before headed to our house. 

Sampai rumah aku terus usung budak berdua tu naik bilik, pasang aircond & Zzzzz tak hengat ape dah. Badan penat, letih, tak cukup tidur. Akhirnya demam, flu & cough pun muncul. Dah rehat hari Ahad tu pun belum cukup. Kena tune balik otak & badan. Have to take medical leave to recover everything. Kak Ya & Hirraz going up to KL Ahad malam while Mak & Abah going down to Johor on Monday afternoon.

And then tinggallah aku 3 beranak di rumah berehat-rehat sahaja. Habi tetap pergi kerja. Alhamdulillah semalam dah larat nak kerja jugalah. Holiday yang tak macam holiday jugak sebenarnya. Hahaha. Tapi pengalaman & masa yang kita dapat spend bersama keluarga tu yang sangat bernilai sebenarnya. Maybe 2 years from now we will going back to KK perhaps? Oh...sudah sudah la tu dgn KK. Kita eyeing for Tawau & Pulau Mabul or Pulau Sipadan nak? =D

I asked Kak Ya for next year holiday. She's eyeing for oversea trip pulak. Maybe Japan or Hong Kong? We'll see....moga murah rezeki selalu lah yer. InsyaAllah ^^

Lepas settled menunaikan umrah, kurang rasa bersalah utk jalan-jalan oversea semula. Apekah??? Ohh..tapi saving utk ke sana lagi if ada rezeki tetap diteruskan. Manalah tahu Allah jemput lagi =)














Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat