Masalah Atau Bala?

Aku ada masalah. Malangnya masalah ni orang lain tak boleh tolong. Aku kena sedar diri sendiri. Aku ada masalah shopping online. Hewhew @__@

Dia macam ni tau. 2-3 bulan berjaya control diri. 1-2 bulan tak berjaya semula. Kemudian akan berjaya kembali. Gitu lah dia. Pi mai pi mai tang tu lah jugak.

Masa nak beli tu konon fikir masak-masak ah ni. Kehendak atau keperluan? Fikir 20 kali ni. Dingdongdingdong. Sudahnya semua aku rasa keperluan. Kesimpulannya? Kenalah beli -,,-

Lagi satu otak aku ni jahat. Dia kata ' tak perlu risau. habi kan ada! '. Dengan erti kata lain, aku takkan mati kebulur tak makan dengan adanya habi. Hantu betol. Hahahaha.

Paling berhantu sekali bab shopping baju bajan & kasut anak-anak. Ya Allah....dah macam mak lampir gayanya kalau ralit tengok IG or FB. Menelaah setiap fesyen yang ada utk budak-budak tu. Semuanya di hujung jari aku je kan.

Dah start malu gak sebenarnya ni dengan akak receptionist yang asyik call aku cakap ada parcel dah sampai. Sebbaeklah kachik gak dengan dia. So kikis jauh-jauh perasaaan segan tu & teruskan membeli. Erkkk @__@

Bulan ni saja aku dah beli cadar katil queen & single, dress Frozen Naurah 2 helai, chest rub & lotion Lavandula for Nazif, vitamin rahsia utk aku (mwehehe), kufi art (deco raya kununnya). Yang tak online pulak dah kirim duit a few hundreds to Hirraz utk belikan baju budak-budak ni kat UK/Europe sane. Rasa mcm dah nak tercekik tgk balance gaji. Tapi bila fikir bila lagi lah dapat nak kirim baju budak-budak ni kat sana. Bkn sng ade orang nk tolong belikan tanpa dpt apa2 keuntungan kan?

Arghhhh. Tekanan dibuatnya. Hahaha. Bala yg dicari sendiri T__T


Ya Allah, jadikanlah aku cantik semula seperti dulu. Apekahhh??? HAHAHAHA

Happy 5th anniversary to us. Moga cinta semakin mekar di hati masing-masing. Amin. Caca marba punya entry >.<









Popular Posts