Matang Ke?

Aku noticed yang sekarang aku dah jarang menulis almost everything about my life. Korang perasan tak? Dulu punya entry memang tahap lagha habis lah. Pergi tesco nak tulis, pergi beli barang dapur nak tulis, pergi KLCC nak tulis. Dah kenapa ko? Hahaha. Aku rasa masa tu otak aku kurang kreatif berbanding skrg. So betul lah agaknya orang kata semakin kita berusia, semakin matang pemikiran kita.

Dari segi penulisan pun dah banyak perubahan. Back at 2008 masa aku start ber blogging, bila baca balik rasa euwwww. Hahaha. Is that written by me? Oh pehlissssss wkwkwkw =P

Tapi aku ada jumpa beberapa orang manusia yang dah tua dan tak matang pun. Stress gak kadang tu melayan orang yang macam ni. Perangai tak sesuai dengan usia. Terkinja-kinja macam budak remaja. Ohhh pelisssss lah. Tak sesuai okay! Macam budak-budak dah 1 hal, pastu cepat sentap pulak. Bila dia bercakap dengan kita, amboiii kemain laser sekali. Tersenyum kelat kita dibuatnya. Macam ni lah orang tak pandai nak berkonfrontasi. Sakit hati pun boleh senyum kelat ajelah hehe. 

Tapi kadang kita pun geram jugak sebab asyik kena mengalah aje kan. So kita pun laser-laser la sikit. Melompat terus kau! Mau tak pening kepala orang macam ni huhu

And then aku muhasabah diri balik. Dan Allah ciptakan setiap manusia tu setiap sorang nya adalah unik & istimewa. Tengok cap jari kita je pun dah tahu. Punyalah ramai umat manusia kat dunia ni, cap jari takde sorang pun yang sama walaupun kembar. Kadang sifat orang yang kita tak suka tu adalah semulajadi dirinya. Dia pun dah tak boleh nak control. Kesian lah pulak kan?

Mengambil masa utk kita faham & terima orang yang macam ni. Bila dah lama berkawan, akhirnya kita akan faham dia tidaklah seburuk yang kita sangka. Hatinya tu baik. Cuma cara dia tu yang buat kita senang nak salah faham and fikir yang tak baik tentang dia.

Carilah kebaikkan dalam diri setiap manusia yang kita kenal. Jangan di kenang-kenang keburukkan yang ada pada dia. Sebab diri kita sendiri pun tak baik mana kan?

Aku dah rasa perasaan orang suka bersangka buruk tentang aku. Suka highlite tentang kelemahan & kekurangan diri aku. Ianya sakit. Terguris berdarah, terluka besar, remuk redam hati kita dibuatnya. Sedih sampai mengadu pada Allah tolong lah rawat hati yang luka parah ini. Hari berlalu dan aku pun semakin pulih drp kecederaan. Aku harap aku dah maafkan dia & tak simpan dendam. Amin.

Kita tak suka orang buat jahat dengan kita. So kita pun jangan lah  buat jahat dengan orang. Simple je kan? =)

Terimalah setiap manusia itu seadanya dia.

Tapi kan, kadang kalau dah lama sangat berkenalan, kenapa asyik kita je yang nak kena faham tentang sifat orang sedangkan orang tak pernah cuba utk faham sifat kita?

Jadinya, kita pun berasa agak sedih.

Why oh why.

Takpelah....biar orang buat kat kita. Jangan kita buat kat orang. InsyaAllah.

Mengidam megi ayam secara tiba-tiba. Apekah???










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat