Musim Laici Segar



Terliur lak tengok gambar laici segar neh. Semalam masa jenjalan Nilai 3, nampak ada orang jual kat dalam lori kecik. Memula macam taknak beli. Tapi bila banyak pulak kereta masa nak lintas jalan dengan Naurah, ahhh ini petanda untuk suruh beli kot? Hehehe. So terus jalan tuju ke lori and tanya sekilo berapa. Sekilo ialah RM12 ye. Macam mahal la pulak. Hahaha. Tapi dah pergi takkan la nak patah balik kan? So beli jelah sekilo.

Alhamdulillah malam tu bila bawa keluar drp fridge, manis pulak rasanya. Hari tu beli dekat Zemart masam. Maybe belum cukup masak kot. Sekali hadap je dengan habi laici ni. Settled.

Teringat masa pregnant kan Naurah, aku mengidam buah laici ni lah. Asyik bertangguh nak beli, last-last bila dah habis musim barulah sebok kesana sini. Sudahnya laici yang di idamkan non hado. Padan muka! Hahaha. Hasilnya Naurah adalah ngences skek masa 4/5 bulan gitu. Sebbaek kejap aje.

Masa Nazif macam takde mengidam apa pun. Kalau ada pun maybe semuanya dapat dimakan. Tapi ngences jugak kejap hari tu. So pada aku sbnrnya baby memang akan ada fasa mengences. Samada masa pregnant kita tak dapat makan apa yg di idamkan atau pun dapat.


Biasalah orang lama-lama punya andaian. Takpelah selagi tak jatuh khurafat ke apa kan. Saja suka-suka je bila nampak baby ngences, bajet mak tak dapat makan apa yang di idam masa preggy. Gittew.





Popular Posts