Nazif 9 Bulan+ & Naluri Ibu

Rasa macam dah lama tak update tentang Nazif. Si manja mummy ittew. Tetibe bahasakan diri mummy hahaha. Tapi betul lah. Tak tau kenapa mengada bahasakan diri dengan Nazif as mommy. Aku sendiri pon kompius @__@

To date Nazif dah 9 bulan setengah la senang cakap. Right after we came back from Umrah, banyak benda baru yang dah berlaku pada Nazif. Agaknya masa kami tinggalkan dia yg demam tu petanda nak tambah akal baru. Plus demam nak tumbuh gigi. Yer, bila jumpa je Nazif balik dari Saudi...mestilah belek segala sudut badan anak kan. Raba gusi dia & tadaaaa. Dah ada tunggul seketoi kat bawah tu. Anyonyo comelnya tengok hehehe

Selera makan Nazif pun dah meningkat. Sebelum tu dia macam nak taknak aje makan bubur yang aku buat. Sedihnya hati bukan kepalang. Bukan saja aku dah tak pandai memasak makanan orang dewasa, nampaknya dah tak pandai masak makanan bayi juga???? What the fish chicken & shrimp. Sampai merapu rapu aku dibuatnya. Hahaha

Seronoknya bila suap dia bubur, kemain luas mulut menganga. Sambil happy kesana kesini dalam walker. Homaiii....dia sudah semakin lasak. Ada rasa seram bila tengok betapa aktifnya Nazif kesana kemari. Nampaknya kemahiran mendidik anak yang mendengar kata bukan lagi jadi milikku. Haktuihhh hahahaha. Oh Naurah, adakah awak sememangnya dilahirkan behave & bukan kerana didikan ibu ayah yang membuatmu begitu???? -..-#

Nampak sangat perasan hoiiii!!!!

Takpelah...boys should act like boys don't they? Kalau sopan santun gitu semacam la pulak awak dik. Ayat bela diri ni namanya =P

Seminggu selepas tu Nazif demam lagi. Ya Allah, aku ada salah mana-mana ke ni? Kenapalah asal dengan aku je dia asyik demam, flu & coughs? Sedihnya rasa hati hanya Allah yang tahu :"(

Demam kali ni hanya dedar kepala & badan. Bila check temperature, tak demam. But I always trust my instinct. Dah banyak kali mothers instinct berlaku pada aku & when I ignored it, something bad actually will happen. So takpelah kalau orang nak chop aku ibu yang hover or exaggerate pun. Asalkan anak-anak aku sihat walafiat & sbrg penyakit dapat dibendung sebelum menjadi lebih teruk.

Banyak kali aku rasa badan Naurah or Nazif dedar. Tapi bila suruh habi rasa, dia kata tak pun. Check temperature, normal. A few hours later, diorang pun demam. Special betul mothers instinct ni kan? Macam ada super power pulak rasanya =)

Ohh..rupanya demam dedar Nazif tu adalah sebab gigi keduanya mahu tumbuh juga ^^ OK. Cute dah ada 2 gigi bawah tu. Budak bila tumbuh gigi memang cranky kemain. Boleh pitam dibuatnya kite. Serba tak kena dia jadinya. Always wants to cling with mommy. Pulak masa jadi ni habi ke Ho Chi Minh. Terpaksa la harap belas ehsan Abg Eddy, Kak Ya & Hirraz utk bergilir tolong dukung Nazif. Oh yes, masa tu aku lepak rumah Kak Ya. Mak & Abah & Lisa pun ada datang all the way from Johor =)

Supposedly aku pun tak berapa sihat sangat lepas balik dari Saudi. Tapi rasanya lebih penting anak kot drp diri kita ni. So kena gagahkan diri & jadi super mommy. Syukur Naurah dah besar dan pandai bawa diri. Jumpa je dengan cousins dia, tak kisah dah ke aku. Itulah bagusnya ada jarak lama sikit antara anak-anak ni. Yang pertama dah boleh banyak berdikari, kerja kita pun ringan lah sikit. Boleh tumpu banyak sikit kat adik kecil yang lebih memerlukan perhatian kan? ^^

Untunglah berjaya trained Naurah to be closed to habi & the rest of our family members before Nazif was born. It helps me a LOT :)

OK. Thats all lah about Nazif milestones. Dah tak lama lagi kita akan berjumpa kembali dengan bulan Ramadhan. Pada Ramadhan last year aku tengah sarat mengandungkan Nazif. Merasa lah bersalin di bulan puasa. Habi pun merasa berbuka puasa di Labour Room. Its a bitter sweet memories ^^ Kenangan sepanjang hayat. 

How time flies. Tak lama lagi Nazif pun dah nak setahun lah kan. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni?????


Ibu semakin tua, anak semakin membesar -_-"

Nazif, tolong jangan nampak hemsem sangat semasa kecil ni. Sebab selalunya yang comel masa kecil ni dah besar nanti tak comel. Hahahaha. Ape ke poyo sangat ibu ko ni nak? =P

Ini kisah benar dik. Just look at your Pak Su Johor. Dari dia kecil sehinggalah dah besar gabak skrg ni, ibu dah saksikan semuanya. HAHAHA








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat