Pelan Pelan Kayuh 10 Bulan

Pada pemerhatian aku kan, Nazif ni dia punya progress pembesaran macam lewat 3 bulan drp yang sepatutnya. Contohnya Naurah di usia 6 bulan dah boleh duduk sendiri dengan tegap, Nazif pulak pada usia 9 bulan barulah berjaya.

Orang kata progress baby boy memang lambat vs baby girl. So aku pun malas nak ambil kisah sangat bab benda ni. Asal sihat walafiat sudah la. Bila dah tiba masanya, dia akan pandai juga buat semua yg dia perlu pandai tu. Kuncinya ialah SABAR. 

Kita relax je kan Nazif. Takde apa nak kejar pun. Bagi chance ibu rasa lama sikit ada baby. Jangan membesar cepat sangat mcm kakak awak dulu. Terima kasih sebab bagi ibu pengalaman baru ye. Secara tak lansung mendidik jiwa ibu supaya lebih sabar & tenang. Ewahh =P

So semalam 29.05 kalau nak ikutkan genaplah Nazif berusia 10 bulan. Alhamdulillah. Asal nak beralih bulan je mesti datang penyakit. Orang kata nak dapat akal baru. Nak pandai benda baru. Kadang ada betulnya jugak. Applicable for babies la. Untuk yg dah tua mcm kita ni jangan nak perasan apa lah ye. Haha.

At 10 months Nazif dah boleh duduk sendiri. Combat memang laju sangat. Tempat favourite dia adalah bilik air. Pantang nampak pintu bilik air terbukak, laju je dia menuju nak makan selipar tandas -..-" Dari segi pemakanan memang dah makan macam-macam jugak lah. Tapi masih terkawal oleh aku. Tidak lah suap biskot kering cecah air teh o/nescafe pulak kan. Thats happen at my in law house only T__T Pasrah ye pasrah. Walau dalam tangisan huhu

At times nampak lah dia naikkan lutut nak merangkak. Tapi dia mcm malas ke ape tah. Hahaha. Rasa tak best kot. Lagi best combat kan dik? Mihmihhh. Tahap manja dengan aku masih di tahap tinggi. Letih gaklah sbb asyik kena dukung dia je most of the time. Ibu bawa badan sendiri pun hegeh-hegeh kan. Nak tambah lagi berat dia 8kg mcm erkk. It feels like an elephant is moving around with its cute little elephant at the back. Tak logic kan? Kahhs

Nazif paling happy sampai ketawa mengeluarkan suara when he sees his sister. Oh yes. Kakak Naurah adalah pujaan hatinya. Idolanya. Bila nampak ibu, dia buat muka nak menangis. Rasa mcm sedih hati aku. Hahaha. Menangis kegembiraan I guessed @__@. Sebab dia akan menyengetkan dirinya supaya di ambil oleh ibu. Atau mengepakkan tangannya laju-laju mintak diambil. Betul lah tu =P

Rambut Nazif pulak mmg champion berbanding kakaknya dulu. Cepat tumbuh. Kualiti rambut sama mcm kakak. Halus kecoklatan. Coklat ke perang? Lebih kurang lah tu. Tapi yg peliknya rambut Nazif ni, bila kita rasa mmg halus. Jadi kenapa rambut halus tu terpacak taknak turun? Kompius semua org dibuatnya. Haha. Kdg aku sapu dgn baby oil, baru lah boleh dibelah tepi rambut & nmpk skema. Pjg jg dh rambut dia sbnrnya. Weekend ni nak bawa dia dgn habi trim tepi. Baru nampak comey lagi kan? Dulu dah pernah trim sekali tepi tu sblm aku pergi umrah. Hemsem.


Wajah bila rambutnya skema hehe


2 bulan je lagi Nazif will turn 1. Hurm...kena beli cake mcm kakak Naurah jugalah kan? Kena adil & saksama lah kita. InsyaAllah. Kita celebrate ramai-ramai samada kat Semenyih or Keramat ye dik. Ohh...ibu baru teringat birthday awak nanti jatuh pd Hari Raya ke-2 kalau tak salahnya. Maknanya kita celebrate kat Johor. Yeayyy!!! ^^

Tadi aku cakap dgn habi. Aku teka Nazif hanya akan start berjalan masa usia dia 1 tahun 3 bulan. We'll see....hehehe. 

Happy 10 months Nazif Zukhayr =)




Menjaga Nazif ni sememangnya lebih mencabar bagi aku berbanding kakaknya. Maybe sebab dia clingy sangat dgn aku kot. So rasa mcm letih banyak la sokmo nak menghadap dia aje kan. Susah nak buat kerja. Berkepit tak habis. Dulu mmg ada fasa stress jugak bab ni. Tapi lama-lama aku enjoy kan diri aku bila dgn dia. Terima dia seadanya. 

Sudahlah weekdays 8-10 hours aku tak ada dgn dia. Berapa jam je pun waktu malam dapat bermain sblm dia tidur yg selalunya lepas maghrib tu. Weekends jelah masa penuh kami seharian dpt bersama. Jadi aku fikir dia rindu pd aku. Sbb tu dia asyik nak aku depan mata je. Baiklah anak. Ibu dah faham skrg. Maafkan ibu ye.

Now mmg rasa happy je layan peel si kecil ni. Aku elakkn sgt-sgt dr mengeluh or merungut melayan dia. Dia kan anak aku =) Dah mmg tggjwb aku menjaga dia, kan? Bila kita dah redha, mmg semuanya menjadi lebih mudah. Berkat kesabaran. Alhamdulillah.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat