Perjumpaan Dengan Tan Sri MK di Mekah


Subhanallah

Lavish

Hai habi ^^

Siap nmpk byg2 penangkap gambar @_@

Mens

Womans

Kami bertemu dengan Tan Sri sekeluarga pada hari Khamis bersamaan 17.04.2014 selepas waktu Zohor. Kami semua bersembang bersama dalam suasana yang ceria & muhibbah. Tan Sri expressed his gratitude on seeing us at Mekah on that day. Ianya bukan satu perjumpaan yang biasa =) Hanya Allah yang boleh menjadikan ia kenyataan. 

Kami semua dapat bertemu di sana atas jemputan Allah. Ianya sangat istimewa.

Lepas berbasa basi & mengaminkan doa beramai-ramai di Tanah Haram ini, kami dijamu dengan KFC arab style yang femes kat sana, Al Bayt. Lepas kenyang, tangkap gambar lah!!! ^^

Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati Tan Sri untuk men sponsor half of the fee to staf Setia Haruman Sdn Bhd mengerjakan Umrah pada tahun ni. Walau bukan sepenuhnya, ianya sudah cukup memadai utk aku & habi turut serta. Ianya rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Bertahun aku menyimpan niat utk menjejakkan kaki kesana. Akhirnya tahun ni duit yang aku kumpul sudah cukup. Aku menjangkakan kami akan ke sana secepat-cepatnya pada tahun hadapan. Masa tu Nazif pun dah besar sikit kan? Tapi bila dapat emel tentang program Umrah office ni, hati memang dah tak boleh tahan nak turut serta. Laju je interkom habi ajak pergi even pada masa tu masih berbelah bahagi bila terfikirkan anak yang masih menyusu badan.

Masa tu aku rasa kalau aku lepaskan peluang yg ada depan mata ni, mesti Allah marah sangat kt aku :"( Dia dah permudahkan, takkan aku nak cari alasan yg lain utk tak pergi? Rasa mcm jadi hamba yang derhaka pd tuannya. Begitu. Boleh juga kot disamakan mcm Allah nak reward Syurga, aku tolak. Tak ke gila tu????? Nauzubillahiminzalik

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai & akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup aku tahun 2014 ni =)







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat