Rabun

YES. Aku memang rabun jauh. Tapi korang jarang nampak gambar aku pakai spek kan? Agaknya aku ni IN DENIAL lagi kot. Hehehe. 

Entah lah. Aku rasa rimas lah pakai spek. Sanggup ko kesana kesini dengan penglihatan kabur ni. Punyalah tak sedar diri punya pompuan. Haha =P

Sometimes aku pakai spek. Terutamanya bila tengok tv. Bila tengok cerita best, pastu mcm tak puas. Dan selalunya sebab tengok game Liverpool lah. Tak hilang lagi minat pada team bola yang disokong sejak belasan tahun ni. You'll never walk alone. Yeayhhh!! Poyo -..-"

Ohh..ada cerita yang aku nak sampaikan sebenarnya tentang rabun aku ni. Masa ke Tanah Haram bulan lepas, aku memang sesiap la bawa spek sekali sekala tu. Dalam hati kata kalau lupa bawak ni habis lah tak puas tengok view Kaabah & semua tempat menarik kat sana tu. I will regret it till I die. Gitteww

Tetapi barakahnya di Tanah Haram, aku rasa puas melihat semua pemandangan yang ada. Sampai aku rasa aku memang tak perlukan spek pun. Aku ada try pakai tapi aku tak rasa macam ada beza pon O__o  Pelik tetapi benar. Terpulang lah nak percaya ke tak. Aku cuma share je. Harap memang takde niat rasa riak ke apa. Amin.

Tawaf sunat ke-2 kalau tak salah aku, masa jalan dengan Kak Som lah. Selesai je tawaf, Kak Som yang sebenarnya rabun dekat cakap yang dia boleh baca buku doa masa keliling tawaf 7 kali dari Tabung Haji tu withour her spek.

Mula-mula dia tak perasan. Bila dah nak habis tawaf kot baru raba spek rupanya ada atas kepala. Subhanallah. Habis je tawaf, rabun semula. ^^ Nyesal kata Kak Som tak doa spy rabun jauh tu sembuh terus huhu

Aku start rabun balik sama kes macam jerawat yang tak naik masa di Tanah Haram. Keluar je Mekah, masuk Jeddah, kabur datang sikit demi sikit. Rasanya rabun sepenuhnya bila sampai Terminal Haji Jeddah malam tu. I is redha. Terima kasih Allah krn mempermudahkan urusan sms di Tanah Haram. Ianya sudah sebesar rahmat bagi hamba Mu yg bukan siapa-siapa ni.

Bagi yang dah pernah jejakkan kaki kesana, hati mesti ada rindu yang sukar di mengertikan oleh mereka yang belum pernah kesana. Hati seakan melonjak-lonjak bila melihat gambar di pc mahupun di tv. I want to be there. I want to be there like right NOW! Gittew

Susah mana pun kita rasa dengan cabaran mental & fizikal sewaktu di sana, perasaan mahu menjejakkan kaki lagi tu tak boleh padam. Mesti rasa nak, nak & nakkkkkk ^^

Dan kita azam nak buat lagi baik drp yang pernah kita buat dulu. Alhamdulillah I feel like I have tried my very best masa kat sana. Thanks to my soul partner over there, Kak Som =). Tapi ianya masih boleh diperbaiki. Kalau boleh nak lebih banyak lagi duduk berlama-lamaan dlm masjid & buat lebih byk lg ibadah yg boleh dibuat.

Pengalaman pertama memperkenalkan kita. Mengajar kita. Jika ada pengalaman kedua, diharap kita lebih tekun & fokus. Buat yang lebih lebih lebih baik lagi. InsyaAllah.











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat