Video Saie Terakhir



Amacam? Ada yang dah boring ke aku asyik cerita pasal pengalaman kat Tanah Haram? Hehehe. Even korang boring, aku tak rasa boring lagi nak bercerita. Seronok mengimbas kenangan yang terindah dalam hidup kita kan? =)

Sorry lah kejap video tu tegak, kejap kang melintang. Ntah hape hape je peel manusia skrg ni ekekeke. Luas je tempat saie tu. Jalan pon relax-relax je. Enjoy the moment. Tapi masa Umrah ke-3 ni aku pancit. Tapak kaki sakit sangat bila pijak lantai.

Aku jalan kedek-kedek paut lengan habi soh dia  slow kan pace dia berjalan. Tersengih-sengih kitorang bila aku tunjuk habi nenek bongkok 3 pun jalan lagi laju dari kami. Dalam pada menggelakkan diri sendiri, sempat juga rasa insaf akan kebesaran Allah. Boleh kata 80% manusia yang korang akan jumpa di Tanah Haram adalah drp golongan warga emas. Sedangkan aku yg baru 30-an ni pun rasa tergugat dengan kerahan fizikal utk melakukan ibadah, apakan lagi diorang semua tu. Can you imagine how strong their will are to worship Allah? Malu kita yang muda ni tengok tau!

Apa guna ada suami kalau tak boleh nak bantu isteri khennnn =P I love you lah habi. Dia tak merungut apa pun. Senyap je senyum bila aku tarik tangan dia suruh slow down. He even asked me if I want to take a rest a while kat tepi-tepi tu. Aku malas nak berhenti tepi sebab bila dah berhenti entah bila rasa nak sambungnya hehehe. So biar kita jalan slow tapi tak payah berhenti. Takat pergi kat tempat air zamzam utk hilang dahaga & percik air kat muka je bg rasa fresh =)

Kat FB aku ada like satu page Live from Tanah Haram & saban hari melihat suasana kat sana semakin menambahkan rasa pedih di hati sebab rasa tersangat rindu & mahu kesana lagi :'(   Susah nak cakap macam mana....ya Allah, rezekikan aku utk kesana setiap tahun pleaseeeeeee :"((









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat