Wake Up Sharena!

Balik drp mengerjakan umrah, banyak yang aku azamkan. Antaranya bangun bila azan Subuh berkumandang. Tapi setakat hari ni tak berjaya buat walau 1 hari pun lagi -..-" Poyo kan?

Niat dihati nak bangun awal utk mandi, solat Subuh, siapkan bekal & siapkan beg anak-anak. Makanya takde dah kelang kabut lagi di pagi hari. By 7.15 dah boleh keluar rumah & punch card takkan merah lagi. Anganan.

Gapo susah sangat tah nak bangun awal. Tak paham aku. Tido awal ke, tido lambat ke, mesti bangun 6.15 or 6.30. Dalam hati banyak je benda rasa nak salahkan habi sbb dia pun hegeh hegeh gak pagi tu. Iron baju lama. Mandi lama. Pastu barulah nak jemur kain bagai. Arghh..sangat tak membantu.

Budak-budak pulak dgn si Naurah yang kadang susah bangun. Lepas bangun, nak mandi selalunya menangis. Then siapkan dia. Si Nazif pulak mood okay boleh la lepas menyusur main sorang. Kena tgh tak sihat mcm skrg ni asyik la nak berdukung. Letak kat walker pun menangis mintak di angkat. Buat keje dgn nak dukung dia lagi. Haihhh...mane la tak stress mak.

OK. Semua beban kesalahan yg aku letakkan pd habi & anak-anak tu harus di tarik balik. Back to zero & salahkan sajalah diri sendiri yg masih tak mampu nak bangun awal pagi. Kalau aku berjaya bangun awal, mesti semua kesalahan yg aku nampak pd orang tu tak nampak lagi dah.

Pokok pangkalnya aku yg kena berubah skrg ni. OK. Skrg jugak aku buat alarm pukul 5.45pagi. Kite tengok esok hari Jumaat berjaya ke tak aku selesaikan masalah yang menyerabutkan otak ni. Herghhh!

Kak Som buat gaya ikan paus terdampar dlm Majidil Haram ekekeke

Kalau bab pedajal orang laju aje. Tak padan!! =P









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat