Cepat Sembuh Nazif

Dah lama juga Nazif tak demam. Jumaat lepas aku kena demam urat kot. Seksanya Allah je yang tau. Flat gila segala badan lemah, sakit sendi segalanya lah sakit. Jarang sakit tapi kalau sekali kena tu mmg kaw-kaw punyelah. Siap kena jerlum kepala dengan habi sbb suhu tinggi sangat pepagi buta tu.

Entah berapa puluh biji panadol extend & biasa aku telan dlm 3-4 hari lepas ni. Nak cepat sihat punya pasal. Alhamdulillah hari ni rasa OK dah. 

Naurah pun demam jugak malamnya. Malam Sabtu turn Nazif pulak demam. Allahu. Sangat menduga lah. Dengan aku yang tak fit 100% lagi. Nak jaga orang sakit pulak. Itulah antara cabaran menjadi ibu. 

Bila datang haywire mcm ni, memang rasa cukuplah 2 orang anak je. Letih. Stress. Biasalah rasa mcm ni bila ada anak kecil kan. Sok Nazif dah besar mcm Naurah, dah rasa relax, proses jugak lagi sorang gaknye. Hahaha. Manusia.

Semalam dah EL. Cuti makin tinggal sikit. Silap hb kena unpaid leave la bila dah habis semua annual leave tu. Pasrah ajelah ork. Hari ni terpaksa minta tolong PIL datang rumah tolong jagakan Nazif. Dia belum baik sepenuhnya. Kalau hantar taska mesti asyik menangis je bila panas bdn dtg. Kesian.

Naurah dah OK. Hari ni dah start ke kindy. Semalam ponteng ah dah ibu tak kerja kan -..-

Ya Allah, berilah kesembuhan segera pd Nazif Zukhayr. Amin ya rabb.


Susah hati bila tengok anak tak sihat












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat