Gate Bonus Increment

Lately macam takde idea sangat nak tulis apa kat blog ni. Jenuh kadang mikir termenung depan pc ni hah. Agaknye sebab makin tua kot ekk?

Ape je yang menarik nak share sini ye? Hurm...ada la beli gate baru utk rumah tu. Last 2 weeks order. InsyaAllah sabtu ni siap utk dipasang. Sbnrnya tak plan pun nak tukar. Masa jiran sebelah tukar gate, aku soh habi approach orang yg pasang gate tu tanya berapa dia caj if betulkan pagar kami yang kedua belah pintunya, engsel bawah tu karat & tercabut. Haihh..makan bertahun jugaklah mengangkat gate tu bila nak tutup buka. Maybe kat lengan aku dah ada muscle sikit hasil mengangkat tu kot haha

Org gate tu janji nk dtg esoknya betulkan. Hari berganti hari, dia tak datang pun. Sedihnya lahai. Aku cakap dgn habi, agaknya tak berbaloi dia nak datang betulkan setakat upah RM50 kot. Huhuhu. Kesiannya kita bang. And then rezeki pun sampai. Duit dari Prudential masa Naurah warded ritu dah ready. 5 days warded dapat RM1k. Alhamdulillah. Ini pun aku yang usaha dapatkan ejen baru kitorang since yang lama dah resign & membiarkan kami terkontang kanting.

Aku emel customer service Prudential about our problem, dia appoint ejen baru & everything went smooth after that. Hantar medical report Naurah to the agent & about a month cek pun dapat. Pantas & tuntas. 

So drp duit itulah akhirnya amek keputusan tukar jelah gate rumah tu. Pergi kedai buat gate, snap pic gate yang kami berkenan, wassap the owner & dapat la price RM1.7k all in. So kena tambah RM700 je lagi lepas tolak duit cek dr Prudential tu.

Itulah kisahnya tentang gate raya kami. Ehehehe. Mcm gate raya la pasal dah nak raya sebulan lagi kan. Takkan nak kata gate puasa pulak. Ke boleh? Haha.

Semalam, check maybank2u duit bonus 1 bulan dah masuk. Alhamdulillah jugak. Sbnrnya tak berharap sangat dah duit bonus utk tahun ni sebab company tak berapa nak untung sangat tahun lepas. Dept.kitorang pun tak achieve target. Kalau ada, ada lah. If takde, takde lah. Sbnrnya aku lebih mengharapkan increment drp bonus. Sbbnya ia effect pd monthly income kan? Nak hidup mmg bergantung pd gaji bulanan bukannya duit bonus yang sekali tu aje.

So smlm ada staf meeting & dapat la berita yg increment ada juga cumanya tak sebanyak dulu dari segi percentage nya. Well, tak kisahlah kan. Sama macam kes bonus tu jugak. Daripada tak ada apa-apa, baik ada apa-apa even sikit kan? So bersyukur ajelah atas rezeki yang Allah bagi. Kita happy aje tak perlu nak komplen banyak =)

Nazif muka tak rela kihkihhh





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat