Haji - Gambaran Sebenar Hari Akhirat

Tak tahulah aku baca kat mana. Tapi pernah dengar la orang kata kesusahan & kesukaran yang kita alami masa menunaikan haji di Mekah tu merupakan gambaran kepada keadaan sebenar sewaktu kita di kumpulkan di Padang Mahsyar di hari akhirat nanti. Wallahualam.

My boss menunaikan haji 2 tahun yang lepas. Sometimes dia share pengalaman dia masa kat sana. And then I realized ianya memang relate to keadaan semasa hari akhirat nanti. Dengan manusia yang ramai di kumpulkan di satu tempat. Masing-masing sibuk dengan hal diri masing-masing. Tujuan semua orang hanyalah utk menyelesaikan ibadah ketika haji dengan sebaik mungkin. Ianya antara diri kita, dengan tuntutan agama. Paling kuat pun kita cuma ambil kisah dengan pasangan kita or ahli keluarga yang pergi bersama kita.

Memang betullah waktu tu (akhirat) even orang keliling kita & diri kita sendiri telanjang pun takde siapa yang peduli. Kita hanya sibukkan diri kita fikir tentang nasib kita je yang tak tahu baik ke buruknya.

My boss also said, bila kita dah pergi haji ni, dia kata mentaliti kita memang tak banyak, sikit mesti ada berubah. Ianya mcm semulajadi. Dengan segala pengalaman yang kita dah kumpul masa pergi haji tu, secara tak lansung mengubah persepsi kita tentang banyak hal di dunia ni. Mostly bab kesusahan & kesenangan itulah.

And then betapa bersyukurnya kita dengan kehidupan kita skrg ni yang jika nak dibandingkan dengan kesusahan yang pernah kita alami masa menunaikan ibadah haji dulu. Kalau nak compare, bezanya antara langit & bumi agaknya.

Pengalaman semasa menunaikan umrah dulu hanya secebis drp gambaran menunaikan haji. Jujurnya aku rasa belum cukup kuat sekiranya di jemput dalam masa terdekat ni utk haji. Bukan tak mahu pergi. Tapi aku sedar dengan kemampuan diri. Masih banyak benda yang aku kena prepare kalau memang betul-betul nak buat haji. Banyak persiapan kena buat bukan sekadar pergi kursus haji aje. 

For me, haji is a BIG thing. A BIG preparations are needed in order to perform Haj.

Ya Allah, moga satu hari nanti aku dapat menunaikan haji sebelum meninggalkan dunia ni. Amin ya rabbal alamin.


Visa utk menunaikan Umrah semakin susah nak dapat. Khabarnya sejak cuti sekolah minggu lepas, semua visa Umrah jemaah Malaysia sudah pun dibekukan. Akan dibuka semula selepas musim haji nanti. Disember dengan katanya.

Terima kasih Allah sebab menjemput aku sblm tiba waktu yang lebih sukar ini. Dan diantara tanda-tanda hari Kiamat semakin hampir ialah sukarnya utk kita menunaikan umrah & haji. It happened right now to us. Wallahualam.


7 companions =)



 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat