Kalau Ibu Tak Kerja

Jumuah mubarakah everyone ^^

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan hari Jumaat yang mulia ni. Sunat baca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat ni. Honestly kan, pada aku surah Kahfi ni agak rumit utk dibaca. Selalu je terkedek gagap siap mengeja utk mendapatkan sebutan yang betul. Itu pn entah confirm betul entahkan tak. Haha.

Dan selalunya aku tak dapat menghabiskan bacaan surah dalam masa sehari. Bersambung sampai bertemu Jumaat yg seterusnya barulah dapat habis. Tu pun kadang membawak sampai 3 Jumaat. Huihh..malunya lahai T__T

Oh ye, hari ni aku half day pagi ni je. Tengahari nanti balik rumah la. At the moment Nazif dijaga oleh Kak Ya & SIL yang datang all the way from KL to our house. Company oil & gas mostly mmg cuti hari ni sempena birthday Agong pada hari esok. Best betul kan macam tu. Bermakna samada public holiday jatuh weekdays or weekends, tetap akan dapat jugak cuti. So bila aku nak keje dgn company O&G ni? Hahaha. Dream on lahh!

Orang tak bercita-cita tinggi memang macam ni lah. Senang berpuas hati dengan apa yang ada. Orang macam aku ni memang sesuai hidup sederhana mcm ni je. Memang otak aku tak suka nak serabut dengan pelbagai masalah. Kerja biasa-biasa je supaya otak pun fikir biasa-biasa je pasal hal kerja. Aku lagi suka fikir pasal suami & anak-anak. Hehehe. Yang itu nak stress pun tak apa. Stress yang berbaloi lah pada aku =P

Aku bekerja sekadar nak membayar semula pinjaman pendidikan yang lampau & bantu suami serba sikit dengan perbelanjaan keluarga. Pelbagai bil perlu dijelaskan. Insurans utk family pun penting juga. Kalau lah gaji habi cukup utk kehidupan yang skrg ni, aku pun lebih suka duduk rumah jaga anak-anak & uruskan hal rumahtangga je. Ye ke? Hahaha. 

Masa anak sorang rasa macam tak berbaloi sangat nak ddk rumah jd housewife ni. Tapi bila anak dah dua, aku rasa mcm OK jugak. Pertamanya sbb Naurah dah sekolah tadika. Jadinya pagi aku blh hntr dia ke kindy & ambil pd tengahari. Takdelah terperap seharian dlm rumah je kan. And then kat rumah aku boleh jaga Nazif yang tengah melasak tu. Sambil buat kerja rumah lah kan. Basuh baju, lipat baju, memasak. Bila Naurah balik, tinggal separuh hari je lagi utk dihabiskan. 

Budak-budak boleh main bersama, makan bersama, tidur bersama. Kalau boring, boleh bawak budak-budak pergi shopping complex cuci mata haha. Tak sedar, suami pun dah balik rumah dari pejabat. Semua dah siap tersedia. Habi tak perlu lansung nak buat kerja rumah sbb superwoman ni dah buat. Hehehe. Rehat je lah dia, mandi & makan & tido. Amacam habi? Takmo ke ini macam? Ekekeke =P



Best kan anak-anak kalau ibu tak kerja? =D









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat