Keajaiban Solat Dhuha

Alhamdulillah my lil brother Hirraz dah selamat balik ke Malaysia hari ni. Dia pergi ke UK & Paris dalam satu program anjuran maktabnya di Batu Pahat sana for about 2 weeks plus minus lah. A few years ago mereka yang menerima kunjungan students dari sana. This time around, student Malaysia pulak yang kesana. 

Mula-mula program ni tak jadi due to budget constraint. Entah macam mana lecturer dia sponsor ke gane tah. Jadinya penginapan & makan minum sana dah ada. Students cuma kena bayar tiket flight & belanja personal je. Aihh..bukan senang nak dapat peluang mcm ni kan? So Hirraz pun usaha la nak bagi dapat pergi kat sana. Antara usahanya ialah memujuk Kak Ya bagi loan pd dia. Kahkahhhh =P As usual, Kak Ya kan bank keluarga bergerak ekekeke

Bila tau je Hirraz akan kesana, ape lagi kan kakak-kakak dia ni. Berbintang mata bila tengok adik wassap baju bajan budak-budak, handbag & shoes berjenama kt sana. Setahu aku cuma aku & Kak Ya jelah yang beriya mengirim macam-macam. Kirim kena transfer duit sekali taw. Bukan kirim mulut je. Haha. Ate dah namanya student. Celah mana pulak la dia nak dahulukan duit dia tu kan.

As a result, transfer lah duit a few hundreds for him to shop masa kat sana. Bila tukar pd pound, dapatlah dalam 50 gitu. Hahahaha. Kesian. Dah itu je yang termampu kan. Tapi bila tengok adik wasap shirt budak lelaki 2 pound rasa mcm nak melompat ke bintang. Jejes ailio tengok semua pics. Dress Naurah pun serendah 3 pound. Heaven sangat neh. Terus jadikan UK sebagai destinasi percutian akan datang. Hihi.

Yer. Kena tulis akan datang je sebab tak tau bila lah dapat peluang nak kesana. Doa kuat-kuat moga Allah murahkan rezeki mak abah & adik beradik semua. Amin.

Rezeki Allah ni kita tak tahu kan. Siapa sangka Hirraz dah dapat jejak kaki ke UK & Paris dalam usia muda dia tu. Dia sendiri aku rasa tak menyangka. Aku sendiri pun tak sangka dapat jejak kaki ke Madinah & Mekah hari tu. Bila ada peluang, grab ajelah kan. Nasib baiklah dah kumpul duit bertahun lamanya. Alhamdulillah.

Dear readers, jadikanlah solat Dhuha sebagai amalan sunat kita. Dah banyak kali keajaiban yang aku lalui berkat drp solat Dhuha ni. Tak dapat hari-hari pun tak apa. Asalkan kita buat je. Rezeki Allah memang tak terjangka. Rahmatnya sungguh luas utk hambaNya. 

Dan rezeki Allah tu tak terbatas pada wang ringgit & harta benda sahaja. Mendapat suami yang baik merupakan 1 rezeki. Anak-anak yg mendengar kata pun 1 rezeki juga. Keharmonian hidup dengan semua ahli keluarga pun 1 rezeki juga. Jangan kita sempitkan maksud rezeki tu dalam diri kita ye.

Hati yang tenang, hidup yang lapang..semuanya rezeki dari Allah. 2 rakaat je kawan-kawan. 5 minit pun boleh siap. Boleh sambung sikit dengan baca Quran setengah muka surat. 15 minit siap semuanya. InsyaAllah =)


Paci tu Made in UK. Not bought at UK ekekeke =P

InsyaAllah akan up sini pic baju budak-budak yang dia belikan kat sana esok. Unsabarun  huhuhuh











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat