Skip to main content

Kutu Rambut Euww

Semalam teacher Naurah kat kindy sms bagitau ada nampak telur kutu kat rambut Naurah. Dia suruh kitorang buat apa yg perlu. Well, sebenarnya dah nampak lama dah ada telur kutu tu. Sabtu lepas aku dah letak pun cecair kutu kat rambut dia. Bila sikat dengan sikat kutu tu tak pernah pulak dapat kutunya. Asyik nampak telur aje. So telurnya mmg susah nak gugur kot. 

Kita ibu bapa bekerja ni manalah ada masa nak hadap kepala anak hari-hari. Sampai rumah pun masa matahari dah tenggelam. Kerja mencari kutu ni eloknya buat waktu siang sbb terang cahaya matahari tu senang nak nampak. Kalau guna cahaya lampu memang tak puas sangat mata ni mencari.

Tapi sebab risau kutu makin banyak & melarat kat rambut anak dara tu, malam td buat sekali lagi penyahkutuan dikepalanya. Bukan kepala dia aje, dengan kepala aku sekali aku soh habi tolong settlekan. Bila dah tau anak ada kutu, tetibe psiko rasa mcm ade kutu jalan-jalan atas kepala. Tergaru sana sini rasa mcm gatal pulak. Haihh..asek terbayang kutu tgh syok lepak atas kepala hisap darah T__T Euwwwwwww. Tak sukanyaaaaaaa....

Sempat beli brand lain pulak ubat kutu tu. And then dapatlah penjelasan ringkas dr owner farmasi yang baik hati itu. Dia kata anak dia pun mmg asyik la dengan masalah kutu bila duduk daycare. Standard la katanya bila dah tidur ramai-ramai gitu kan. Dia kata ubat kutu ni kena pakai 2-3 kali seminggu barulah boleh hilang sepenuhnya. Kalau sekali je mmg tak jalan lah. Plus mmg senang nak dapat balik kutunya sbb pencampuran tu masih ada kan. Mmg kena rajin kelebek jelah rambut anak tu katanya.

Ohh baiklah kalau begitu. Pasrah jelah sebab Naurah mmg lepas habis kelas pagi akan terus daycare kat situ jugak. Takde arah la. Berharap tiap weekend rajin la aku kelebek rambut anak dara tu. Bila aku ckp nk potong kemain lg dia mencebik nak nangis. Ate orang perasan nak jd mcm princess ye dop? Gitulah dia.....

Oh ye. Scaboma tu brand kutu yang femes. Tapinya bahaya skek takut alergi bila digunakan oleh mereka yang 50kg ke bawah berat badannya. So, mmg tak recommended utk kanak-kanak lah. Takpelah...kita guna brand yg selamat je utk budak-budak. Biar ambil masa lama skek drp dapat penyakit lain pulak. Sabar.

Ohh...bila dah tau ada kemungkinan kepala aku pn ada kutu, petang semalam terus mintak izin habi dan cantas pendek rambut rebonding ku itu huhuhu. Tak rasa ralat sangat la sbb dah hampir setahun pun buat rebonding tu. Lagi pulak skrg kan musim panas kembali menjelma. So agak rimas la bila berambut pjg kan. Habi pun dah tak larat nak sapu rambut gugur aku kat lantai hari-hari. Hehehe.

Tak boleh buat apa dah bab rambut gugur ni. Aku rasa sbb breastfeeding. Redha jelah kan. Now pagi-pagi dah boleh basah rambut semula nak pergi kerja. Kejap je rambut tu kering. Habi happy, i'm happy, everyone happy =D

Bab kutu je tak happy...hmmmphhhh!

Cheeky je muka. Asal nampak light dr camera/hp msti buat muka busyuk gini huhu

Mentido








Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…