Nursing Strike Rupanya

Tak tahu pun ada istilah ' nursing strike ' di kalangan baby yg breast feed. Nampak sangat belum cukup ilmu lagi yang digali tentang breast feeding ni kan. Maklumlah, anak je dah 2. Tapi direct feed tu baru pertama kali utk anak kedua ni. Hehehe. Thank god ada blog ni boleh mengadu domba dekat sini. Pastu ada yang baik hati kabo tentang apa yg sbnrnya telah berlaku pada aku & Nazif yang skrg ni. Thanks Sha. Appreciate the link so much.

Memang takkan give up sua breast kat Nazif everytime aku ada dengan dia. Ya Allah, harap cepatlah Nazif nak balik direct feed. Sedih la Ibu awak buat mcm ni dik. Aku cuba tak menjerit lagi kalau dia gigit nanti. Huu..agaknya memang betul awak merajuk kan ibu termarah awak tu T__T

Kalau berpanjangan lagi, ingat nak bawa dia jumpa paed lah. Check kot ada yg tak kena dengan dia. Entahkan sakit telinga or sakit dalam mulut yang aku tak tahu kan. Ya Allah, permudahkanlah, amin.

Oh ye. Jumaat ni aku terpaksa apply half day sebab taska Nazif tutup. Kata owner sbb nak sembur racun rumput kot 3 hari berturut. So not good la for childrens esp baby duduk kat taska at that time kan. Aku punya la susah hati sbb cuti tahunan dah ciput. Habi mmg surrender awal la kalau nak jaga Nazif sensorang. Pil ke Johor Jumaat tu hantar adik ipar kt Uitm. Tetibe rasa nak mengadu domba kat Kak Ya. Rupanya dia cuti Jumaat ni sbb besday Agong jatuh Sabtu kan. Teros dpt idea nak soh dia tlg jagakan hehe.

Kak Ya kata OK je. Dia datang rmh aku Khamis malam tu. Tapi dia pun cam antara yakin tak yakin je nak jaga Nazif sensorang. Hahaha. Makanya aku pun apply replacement leave half day. InsyaAllah selamat Nazif di bawah jagaan Kak Ya for several hours. Hehehe. Tengahari tu aku balik lah lelaju. Pukul 1 lebih boleh sampai rumah dah InsyaAllah. 

Kak Ya ada kat rumah boleh la weekend ni ajak dia JJCM area rumah kitorang pulak. Asyik naik KL aje kan. Sampai dah tak tau nak makan mana. Rasa mcm nak ajak dia ke Serai, Ko Hyang & Marhaba kat Cyberjaya neh =D

Harap semuanya berjalan lancar. Gambar kat bawah di snap semalam masa makan kat Dubu Dubu, Berjaya Times Square. Sekali kan, singgah kat kedai jual baju budak-budak. Dpt rembat jeans shorts utk Nazif sehelai RM18. Kemeja dia 2 helai RM20 ngan shirt flowery lengan panjang lycra utk Naurah RM15. Macam murah je huhu. Senangnya nak menghabiskan duit kalau utk budak-budak ni @__@












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat