Re-Deco Rumah 2014


Dah 5 tahun duduk rumah skrg. Lepas kahwin, memang di situlah kami mulakan hidup baru suami isteri. Rumah ni menjadi saksi drp hidup berdua, bertiga hinggalah skrg dah berempat. Alhamdulillah, moga Allah terus berkati & rahmati kehidupan kami sekeluarga. Sebenarnya nak cerita ttg deco rumah yg dah lama suram. Boring lah asyik tengok rumah yg sama je 5 tahun. Boleh ke mcm ni? Haha. 

Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke-5 bulan lepas, aku pun rasa terpanggil sangat nak re-deco our house. Permulaannya ialah dengan menggantikan gmbr pemandangan beli kat Romantika dulu kpd Kufi Art seperti di atas. OK tak? Nampak ceria jugak lah sbb colorful kan. 

At the same time aku buang alas meja yg dah pakai sejak 2 tahun lepas itu. Jadinya kosong ajelah meja tu mcm tu. OK jugak tengoknya. Maybe akan letak table runner je kot atas tu nanti  Belum jumpa yg berkenan dimata lagi. So biar jelah kosong gitu.

Masih ingat tak dengan Korea sticker flower dulu tu. Jap aku try cari gambar lama if masih ada hehe. 


Yeayyy jumpa! Haa...tu yg sticker tepi pintu tu. Aku dah kopek & buang hehe. Pic bunga tu pun aku dah turunkan. So kat situ kosong ajelah skrg ni. Aku rasa memang nak biar kosong je situ. Serabut pulak bila semua ruang yg ada pun aku nak deco. Less is more sometimes. Haa..alas meja itulah yg aku dah tanggalkan. Nanti nak bersihkan & buat alas meja makan kecil kat dapur tu pulak. Sayang nak buang sbb masih elok lagi. Tak baik membazir. 

Yer, nampak juga gambar pemandangan besar tu kan? Itu pun dah turunkan. Tengah fikir nak gantung kat mana pulak lepas dibersihkan nanti. Nak buang sayang jugak sbb elok takde cacat cela apa pun.

Dengarnya tahun ni langsir tak dapat ditukar sbb bajet takde. Sedih tapi redha jelah. Ulang pakai langsir sblmnya jelah. Dahulukan apa yg penting. Dalam proses nak tukar gate depan yang dah roboh tu. Itu pun cari gate yg simple & biasa je sbb bajet ketat jugak huhu.



Comel kan kasut ni? Kat Parkson ada Baby Fair. Xdelah best sangat pun tapi boleh lah. Aku pun tak membelek sangat sbb Kak Ya dah ingatkan psl baju budak-budak yang aku kirim suruh Hirraz belikan kat UK & Paris sana. So kite jeling jeling ajelah ye hehehe. Hasil jeling jeling dapatlah rembat kasut ni RM10. Ini kasut tau bukan pre walker. Sayangnya aku ambil saiz ngam ngam pulak iaitu saiz 2. Patut beli saiz 3 boleh pakai lama sikit T__T





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat