Fish & Co, The Mines

Sabtu yang lepas kami outing ke The Mines. Dapat lah passed ikan bilis KK pd Mid. Dapat juga bersalaman laga pipi dengan Mar. Sekejap jelah sbb masing-masing ada plan tersendiri. Kami sampai paling lewat. Sebab pagi tu breakfast ala-ala je, makanya sampai je The Mines terus cari tempat makan dulu. Lapor tahap nak mentekadarah dah masa tu. Memang dah set nak ke Fish & Co bila tau deme ada buka cawangan baru kat The Mines. So terus jelah jalan menonong mencari tempatnya di Level 1.

Cam fllawless lak muka kt sini ekekeke. Kesian tdg ibu dik....

Itu dia anak bujang -..-

Pipi kembong

Habis Naurah makan sorang..bravo!

Uii...dap dappp...rege pon sedap akakaka

Gaya katak melompat

Gaya memerang


Naurah kami orderkan kids set Spagethi. Aku & habi share Seafood Platter for 2. Portion besar tapi sebab lapar memang takde masalah nak habis. Naurah pun habiskan semua Spagethi dia dengan licin. Bravo! Kena dengan tekak dia lah tu. On Friday masa kami makan di TGI Fridays, Alamanda dia taknak makan spagethi dia. Bila rasa, perghhh terlebih tomato puri. Masam. Yang kat Fish & Co masam-masam manis. Sbb ada clams kecil dalam tu kan buat jd manis.

Settled makan, habi ajak naik Level 5 terus sbb takut Mid dah nak balik. Betul tekaan habi. Kami sampai je Mid tgh pack up nak blah. Dia pulak nak makan lepas budak-budak habis mandi. Sempat lah snap gambar sedas dua. Lps tu aku bergilir dengan habi take turn solat Zohor. Naurah je yang mandi kat kolam atas tu. Nazif jd pemerhati je. Tak berani la bagi Nazif mandi pool awam mcm tu. Antibodi dia belum sekuat kakak. Taknak amek risiko dia dpt flu or fever.

Lepas Naurah settled mandi, turun bawah pulak pergi Daiso belikan Ann mesh bag 2pcs. After that pergi minum petang pulak kat The Loaf. Air aku je beli kat Big Apple. My all time feveret Ice Blended Honeydew. Settled je, terus chow sin & singgah rumah Ann kejap bagi mesh bag dia & sampai rumah sebelum pukul 7 malam. Sempatlah Asar dinosor kt rumah.

On Sunday kami keluar pagi beli barang dapur kat Zemart. And then lepak rumah je seharian buat apa yg patut. Best jugak sekali sekala memerap dlm rumah je. Sempat la melayan Nazif & Naurah mandi pool kat car porch tengahari & petang. Aku rasa budak-budak tu happy jugak dapat spend masa kat rumah mcm tu. Sekali sekala kan =)


Terkejut apa dik?

Skrg org snap pic dia suka buat muka gitu..haha..cute

Sepsi memasing hahaha first time mandi berdua gini =)




Popular Posts