Safety Harness Kanak-Kanak

Apa pendapat korang tentang safety harness utk  budak-budak ye? Aku rasa kan, kalau anak kita tu memang jenis aktif suka lari sana sini kat tempat awam yang ramai orang, tak salah kalau guna SH ni. Skrg kan kes budak-budak kena culik berleluasa. Orang jahat berada dimana-mana saje. Terlalai sikit, boleh menyesal sampai hujung nyawa kita dibuatnya.

Ada orang kata tak proper SH ni. Gaya mcm bw binatang peliharaan katanya? Dah yg nak fikir sampai situ kenapa? Yang paling penting sekali pada aku ialah keselamatan anak kita. Pedulikan lah apa orang cakap or pandang sinis. Kalau anak kita hilang, ada deme kisah? Kita jugaklah yang merana jiwa menangisi. 

Alhamdulillah Naurah budak yg behave. Dia tak berapa sangat dengan orang yang dia tak kenal. Kira attached dengan kami lah ibu bapanya.  Tak aktif mana. Masih dalam kawalan la dia tu. Adiknya si Nazif sok tak tahu. Selalunya boy ni aktif kan? Kalau keadaan memaksa, mmg aku tak kisah pun beli safety harness ni. Yang penting anak kita sentiasa berada dengan kita dgn selamat.

Stress bila baca paper tentang jenayah kanak-kanak ni. Tu pasal lah aku tak suka sangat baca paper or tengok berita. Aku cepat stress bila tau pasal jenayah yang tak masuk akal ni. Jiwa aku sakit lah dgn berita tu semua. So kalau ada kawan-kawan cerita, barulah aku tau selalunya. Tau sikit-sikit sudah lah spy kita boleh lebih berhati-hati walau dimana pun kita berada.

Memang susah nak digest kejahatan manusia zaman skrg ni. Sangat tak masuk dek akal. Now pn tengah hot semula video budak ppn sekolah dok gaduh wrestling sampai terbukak aurat semua. Allahu....sedih tengok perangai budak-budak skrg. Harap anak-anak kita sok terdidik dengan baik. Mantop pegangan agamanya. InsyaAlllah, amin.




Nampak lebih proper sangkut kt pinggang drp yang sangkut kat tgn





Popular Posts