Tabah Yer Nazif

Nazif tak baik demam lagi. Makin merisaukan sebab lama sangat demamnya. Ni dah masuk hari ke-6. Pening kepala dibuatnya. Malam tadi dah start antibiotik. Doc kata tunggu dalam 2 hari & see how his progress. Harapnya kebah la demam dia. If not doc kata kena inject ubat lah. Aku rasa esok kalau dia masih demam masa pegi hospital, kami nak wardedkan aje. At least ada 2 hari weekend kami boleh jaga dia kat sana tak perlu nak ambil cuti.

Memang virus demam yang kuat sedang menyerang Nazif skrg ni. Sel darah putih Nazif berkumpul di kalenjar leher belakang telinga sampai bengkak kat situ. I showed Dr. Yap the bruises & he immediately know what kind of antibiotic he need to give to Nazif. Hopefully its the right antibiotic lah.

Kesian sangat kat Nazif sebab dia dah memberontak asyik kena makan ubat. We have to use force now. Dia dah pandai tiup balik ubat yg masuk dalam mulut kuat-kuat sampai terkeluar semuanya balik. Tak pun dia tolak pakai lidah. 2-3 hari pertama dia demam memang tak masalah. Dia telan je semua like an angel. Kesiannya awak Nazif T__T

Dia stress, aku pun sama stress nak bagi ubat secara paksa mcm tu. Ya Allah, ini memang masa-masa kritikal seorang ibu & anak. And then aku muhasabah diri balik, ini baru dugaan kecil dari Allah utk kami. Bertabah lah. Lagi ramai ibu-ibu yang menanggung lebih besar kesedihan berbanding apa yang aku alami skrg. Baiklah.

Ya Allah, kasihani Nazif Zukhayr. Sembuhkan dia segera. Amin.


Muka sedih kan? Ni dah bagi ubat, Badan dah tak panas,




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat