Update On Nazif Nursing Strike

Malam tadi Nazif menyusu badan 3 kali. Happy sangat. Masa dia tidur tu kan, tak rasa macam dia tengah nursing strike dengan aku. Maybe berkat kesabaran tetap sua breast kat dia every nights, akhirnya dia pun pasrah & mengalah kot. Cuma time dia sedar, memang masih bermasalah lah. Dia tetap nak botol. Takpelah...asalkan dalam sehari dia tetap dapat khasiat susu ibu, dah memadai bagi aku.

Ebm beku masih setia dalam freezer. Menunggu masa utk dibuang bila dah tamat tempoh nanti. Nazif dah reject ebm. Kalau minum kat taska waktu siang pun sekadar menghilang haus je kata owner taska. Tapi bila bagi fm, kemain lagi habis 4oz dia teguk. Since berat Nazif pun ala-ala je, aku rasa eloklah aku mengalah je bab ni. Dan atas nasihat Dr. Khairul di Annur juga sebenarnya. Biarlah dia demok skek dengan susu fm tu kalau dah itu yang dia suka. Asal anak aku sihat walafiat sudah ler.

Diwaktu siang, Nazif mmg sudah fully fm. Ohh..tak lupa bekalan bubur pelbagai rasa utk dia. Terbaru aku buatkan Nazif bubur nasi + broccoli + carrot + udang kering. Udang kering tu aku tumbuk dengan garlic & shallot dulu baru masuk dlm bubur. And then tuang olive oil dlm bubur. Sedak ko! Huhu

Aku sbnrnya bukanlah hardcore sangat bab bagi susu ibu pd anak ni. Aku just go with the flow. Yang penting, aku dah berusaha sedaya upaya. Itu je. Makanya aku tak menyalahkan diri sendiri kalau tak berjaya sangat mcm skrg ni. Aku dah usaha, Allah yang tentukan. Kalau dah tertulis sampai sekian waktu je rezeki Nazif dgn susu badan aku, aku redha  jelah. Fikir banyak pun tak guna. Nak serabut otak pun menyeksa diri je.

Cuma as a mother of course lah kita rasa sedih bila tak mampu berikan yang terbaik pada anak-anak. Thats normal.

Macam nursing strike ni, aku masih berusaha utk berlawan selagi ada daya. InsyaAllah, penyusuan badan di waktu malam akan dapat diteruskan. Amin.

Kakak keluarkan barang, dia tukang main

Yer..dia tengah tgk kakak tgh nak melompat dr sofa atas tu -,,-

Perghhh hahahaha

Puas hati kot

Main dan terus main.....





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat