21 Ramadhan 1435 = 1 year


1 tahun sudah berlalu. Allah je yang tahu betapa bersyukurnya aku mempunyai Nazif Zukhayr sebagai penyejuk hati yang kedua selepas kakaknya. Terima kasih Allah kerana memberikan lebih kegembiraan dalam hidup kami. 

Nazif merupakan anak yang sangat istimewa. Kehadirannya bagaikan bulan jatuh ke riba. As a mother, I feel so attached to him more than his sister. Sebab dia kecil lagi kot. Sok dah pandai menjawab macam kakak, urut dahi semula lah ibu. Hehehe.

Kalau dah namanya anak tu, kot mana pun sayang itu pasti. Wajib. Takde alasan apa dah. Bukan mudah bagi aku utk mendapat 2 orang anak ni. Allah uji sehabisnya sewaktu mengandungkan diorang berdua. Dah namanya bahagian aku kan. Redha ajelah. 

Tapi semua kesusahan tu sangatlah berbaloi dengan adanya mereka. Tak dapat ditukar ganti dengan apa pun. Alhamdulillah nak bersalin mudah. Nak membesarkan anak pun diberi rezeki dipermudahkan. Tak pernah lagi menangis sbb rasa susah nak handle budak-budak ni hehe.


Nazif ni manja budaknya. Aku suka sangat perasaan bila dukung dia tu, dia melentok kat bahu kita. Cair hati dibuatnya. Berbunga-bunga je rasa bersyukurnya di kurniakan dia. Manja dia lain dengan manja kakaknya. Naurah masa baby more to rasa sweet gitu. Boy ni lain. Susah nak cakap lah. Hehe. Yang ada anak boy & girl tahu kot.

Dalam pada manja tu, ada jugak garangnya. Hahaha. Kadang dia rimas kakak suka main rambut dia, apalagi kan...kemain la dia menjerit marah-marah. Keluar suara jantannya tu. Hahahaha. Comel. Kelakar sgt tgk karenah 2 beradik ni. Naurah happy sangat bila ada Nazif. Dah ada kawan bermain kan. Nazif pun suka sangat main dengan kakaknya. Lagi pulak kakak tak pernah pukul dia walau camne pun dia buli kakak. 

Syukur part ni. Naurah memang anak yang baik. Dia sayang adik dia. Adik tarik rambut, dia cuma ngadu kat ibu & menangis. So ibu pun kena lah adil marah sama adik. Adik buat muka monyok je. Kadang mencebik mintak pujuk. Cute.


Ya Allah, pinjamkan Nazif Zukhayr lebih lama utk kami menumpang kasih sayang kepadanya. Jadikan dia anak yang taat pd ibu bapa & hambaMu yang soleh. Besar harapan aku if Nazif boleh jadi seorang tahfiz Al Quran bila umurnya meningkat nanti. Mudah-mudahan ye nak. Itulah yang ibu cita-citakan sewaktu mengandungkan awak dulu.


Selamat ulangtahun yg pertama NAZIF ZUKHAYR.

21 Ramadhan 1434 -----> 21 Ramadhan 1435

Kita tunggu hari raya kedua kat Johor nanti beli kek birthday awak ye utk kalendar gregorian pulak.

29 Julai 2013 -------> 29 Julai 2014


ALHAMDULILLAH. SEGALA PUJI BAGI ALLAH.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat