Aku Bukan Ibu Yang Sempurna







Budak yang nak masuk setahun hujung bulan ni nanti tengah serba tak kena. Cranky all the way sampai pening kepala ibu dibuatnya. Betul betul menguji kesabaran di bulan puasa ni. Yelah...kita kan letih berpuasa. Penatnya nak layan karenah dia yang mcm tak berkesudahan tu. Nak berkepit dengan ibu sepanjang masa. Kasihani lah ibu mu ini nak. Ibu penat balik kerja kena angkat kain baju & lipat.

Pastu ibu kena layan 2 anak yang bermacam karenah memeningkan. Sekejap sorang nak susu, sekejap tanya mane lipstic beli hari tu cari x jumpa, sekejap kang nak berak pulak. Banyaknya benda kena buat. Tenaga level dah tahap merah titt tuttt mcm lampu kat dada Ultraman tu hah. Anak-anak pulak mahukan kasih sayang & perhatian. I am torn apart T__T

Belum masa nak berbuka puasa lagi tu. Awak asyik la menjerit merengek serba tak kena. Memang tak dapat lagi ibu berbuka dengan tenang sejak awak jadi macam ni. Solat pun kena laju tak sesempurna mana sebab nak attend awak.

Kadang lipat baju tak habis lagi, kena sambung malam pulak. Awak pulak susahnya lahai nak tido skrg ni. Kejap menonggeng, kejap menelentang, kejap kang menyodok perut ibu. Apa yang awak nak sebenarnya ni dik? Mulut pun tak berhenti merengek.

Bila dah tidur, awak tak lena pula. Asyik bangun merengek serba tak kena. Sometimes awak menangis secara tiba-tiba sampai teresak-esak. Ibu dukung awak & awak mengamuk meronta badan. Whats wrong with you my son? Tsk.

Di waktu pagi sdg ibu ayah kakak sibuk bersiap utk kerja & kindy, awak masih dengan karenah merengek mahu didukung. Ibu tak boleh buat apa-apa jadinya. Allahu....

Bila ibu consult dengan para ibu wasap yg lain, deme kata maybe perut awak tak sedap ataupun awak tengah nak pecah gusi sbb nak tumbuh gigi. Ibu rasa yang paling tepat bab nak tumbuh gigi tu sbb awak pun baru baik demam weekend ritu kan. Ibu syak demam nak tumbuh gigi la tu sbb gusi atas awak tu dah putih-putih warnanya. Cuma bila di raba takde pulak rasa gigi lagi.

Petang ni balik kerja ibu singgah Farmasi belikan gel teething utk awak. Harapnya ada lah. Ibu usaha cari apa yang tak kena dengan awak skrg ni. If salah tekaan ibu, nanti ibu kaji balik ye segala simptom yg awak tunjukkan skrg ni.

Nazif, I missed the usual you.

I'm sorry for not being patient enough to handle you nowadays. I am tired, hungry & thirsty. Thats why I'm easier to be angry. You don't do anything wrong. You just expressed what do you feel towards us. Ibu harap fasa ni berlalu dengan cepat. Amin.

Yes, I'm not a perfect mother. I do sigh & whining sometimes on my children behavior. Its not that I don't love them. I'm just being honest for what I'm feeling. I am just a normal human being. I'm sorry.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat