Cerita Bergambar


 Akhirnya buat jugak member kad SBU ni. Rasanya layak buat kad bila perbelanjaan kita dalam 1 resit tu berjumlah lebih RM150. Tambah lagi RM10 untuk dapatkan kad ini. Antara keistimewaan menjadi ahli adalah stp pembelian dpt 10% OFF. Pastu masa birthday kita dapat lebih % OFF tapi lupa lah berapa. 

To date dah ada berpuluh helai tudung dari SBU. Rasanya tudung bawal lama yang jarang tu semua dah boleh buang lah yep. Nak bagi orang tak boleh sebab jarang. Tak menepati ciri pemakainan yang ditetapkan oleh syariat. Tak memasal dapat dosa je nanti.



Ahhaaa...budak ni malam tadi pun resah gelisah asyik merengek. Aku rasa sebab gusi dia sakit lagi pasal gigi semakin nak mengeluarkan dirinya. Kesian. Aku pulak lambat pick up kenapa dia meragam gitu. Kalau sapu Orregel awal-awal settled gaknye masalah dia. Sorry ye Nazif. Ibu mamai asyik tak cukup tido lately.



Juadah atas ni pulak habuan kami waktu iftar semalam. Asam pedas ikan merah tu lauk hari sebelumnya. Elok je lagi tak basi sbb 2/3 kali dipanaskan. Sambal tempoyak bilis cili api pun masih berbaki. Makan waktu sahur mmg aumm ah. Selera skek even makan sorang-sorang sambil tengok TV haha. Habi cuma masak sup ayam & buat sambal kicap je semalam. Aku pulak buat ayam ungkep cili api. Alhamdulillah.

Btw hari ni habi ada kerja. So berbuka nanti aku & dengan budak-budak ajelah. Habi suruh beli je pasal makan sorang kan. Bestnya kalau dapat Nasi Arab. Mandy Kambing ke. Huhuhu. Berangan jelah.....



Tadi aku & a few office mates pergi ke event di dalam gambar. Saje dihantar utk meramaikan majlis. Event attended by Tan Sri. Kena la sapot skek kan. Layanzzzz.







Popular Posts