Cinta Peringkat Tertinggi

Kata-kata " cukuplah Allah bagi ku " atau hasbunallah ha wanikmal wakil memang mudah dituturkan oleh bibir kita. Namun betulkah hati kita ikhlas menerima & memperakuinya.

Besar dan dalam sekali maksud ' cukuplah Allah bagiku itu '. Adakah kita memang sudah bersedia utk mengucapkannya di dalam hati atau ianya hanya sekadar pengucapan di bibir?

Cukup lah Allah bagi ku...

Aku memahaminya sebagai kita meletakkan Allah di tempat Nya yang selayaknya iaitu yang PERTAMA dalam kehidupan kita. Semua yang kita lakukan, berbalik kepada Allah sahaja.

Ketahuilah bila kita benar-benar memaksudkannya, segala kedukaan & kesedihan kita akan lenyap krn bersandarkan kepada Dia yang sentiasa ada dan takkan pernah mati. Inilah cinta yang agung sekali bagi umat manusia di muka bumi ini. Bila kita mencintai Allah dari yang selainnya, kehidupan di dunia tidaklah sesukar mana.

Tapi nak mencapai tahap cinta tertinggi ini bukanlah mudah. Perhiasan di dunia nampak terlalu menggiurkan. Suami, ibu bapa, anak-anak, harta benda. Semuanya berpotensi besar menjauhkan kita drp menggapai tahap kecintaan tertinggi itu.

Aku pernah merasa tahap tertinggi ni. Subhanallah. Ianya memang sangat hebat. Pandangan kita kepada dunia totally akan berubah. Memang takkan boleh di terangkan pd sesiapa tentang perasaan tu.

Cinta yg Agung hanya pd Dia. 

Aku pun hanya diberi kesempatan merasainya selepas diuji dengan kegagalan cinta kepada seorang manusia. Dah terjelepuk jatuh, barulah aku sedar bhw cinta yg kekal abadi hanya pada Dia. Bukan dpt senang gitu aje.

Malangnya aku tak istiqomah. Bila Allah berikan kebahagiaan, aku jadi lupa semula. Aku cuba nak pertahan apa yg aku dah dapat tu tapi aku cuma manusia yang lemah. Tak ada sesiapa yg boleh dipersalahkan selain drp diri aku sendiri.

Kemudian aku akur akan tahap turun & naiknya keimanan dalam diri manusia. Alangkah bagusnya kalau iman tu bila kita dah capai tahap tertinggi, dia stay kat situ saja sampai mati. Haihhh.....berangan ajelah....

Manusia mmg Allah jadikan serba lemah. Kita paling ingat Tuhan bila kita ditimpa kesusahan & kesedihan. Dan bila kita gembira, kita jd lupa semula. Allahu.....inilah perkara yang aku rasakan paling susah sekali hidup sbg seorang manusia. Hakikat yang Allah dah aturkan & perlu kita akur. Its so hard.

Bersyukur. 

Bila kita rasa gembira, bila kita rasa kita ada segalanya, kita rasa bersyukur pd Allah. Maka kita rasa kita perlu balas balik kpd Dia atas nikmat yg diberikan. Kita pun beribadat mcm biasa, solat, puasa, sedekah etc. Tapi utk mencapai tahap tertinggi kecintaan kpd Allah semasa kita gembira dgn kehidupan dunia kita susah utk digapai. Aku rasa tahap tertinggi itu lebih mudah digapai bila kita dlm keadaan bersedih & berduka. 

Bila kita rasa susah, perasaan tulus ikhlas itu lebih dimaknakan. Kita bersungguh meminta kepada Allah utk keluar drp belenggu kesusahan yg mencengkam. Bila sedih, kita rasa tertekan & lebih determined. Lebih fokus. Lebih kuat. Manakan sama dgn keadaan syukur apb kita gembira. Kegembiraan selalunya melalaikan! Ya. Sangat MELALAIKAN.

Pernahkah kita dengar ayat ' Allah uji kita dengan kesusahan, tanda Dia sayang'. Yes, its true. 

Lihat je contoh Rasulullah SAW betapa hebatnya ujian Allah kepadanya. Dan baginda hanyalah seorang manusia biasa spt kita. Tiada istimewa yg lainnya spt baginda itu lain sebab dia seorang malaikat. Tidak sama sekali. Sama saja baginda dgn fitrah manusia spt juga kita. Dari awal kehidupan baginda lagi Allah dah berikan ujian. Tiada ibu & ayah. Yatim piatu. Di musuhi oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab. Di cela, dihina, dikeji oleh penduduk Mekah waktu itu. Semuanya nampak tidak menyebelahi baginda pd awalnya.

Namun kesusahan itulah sbnrnya yg menjadikan baginda seorang yang kuat, tabah, berani, hebat & segalanya lah. Potensi kehebatan seorang manusia telah dicapai oleh baginda SAW. Subhanallah. Sehebat-hebat kejadian manusia adalah Rasulullah SAW. Dan dia lah Nabi kita. Dia lah kekasih Allah SWT.

Mengapa tidak Allah berikan jalan yg mudah sahaja kepada baginda? Ini krn Allah mahu mendidik baginda menjadi manusia terhebat yg pernah Dia ciptakan. Utk baginda menjadi contoh kepada manusia yang lainnya sehinggalah pd zaman kita hidup ini. Baginda lah role model manusia terhebat sepanjang bumi ini diciptakan. Subhanallah.

Maka kita jangan pernah takut dengan kesedihan & kesukaran. Kerana drp kesulitan itulah nanti potensi kehebatan seorang manusia itu akan keluar. Kita takkan dapat potensi tu sekiranya kita hanya diberikan kegembiraan oleh Allah.

Hebatnya rahsia Allah melalui penciptaan kejadian manusia. Allahu akbar.

Ya Allah, semoga aku sentiasa ingat akan hakikat kegembiraan & kesedihan ini. Moga ianya kekal dalam ingatan sebagai panduan dlm meniti kehidupan di dunia ini. Amin ya rabb.

Aku harap aku akan dapat merasai sekali lagi nikmat cinta pada Tuhan yang satu di peringkat tertinggi Dia selayaknya.

Sekiranya peringkat itu boleh dicapai melalui kegembiraan, alangkah baiknya. Sejujurnya, aku meraguinya utk diri aku. Aku belum sehebat itu. Makanya, perlukah aku meminta ujian kesedihan terhebat sekali lagi utk aku kembali menjadi manusia terhebat yg cintakan Allah seluruh jiwa raganya?

Wallahualam. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Ya Allah, tolong berikan kebaikan kepada aku di dunia & di akhirat.


Mampukah perempuan ini memasuki Syurga Mu di akhirat kelak Ya Allah :'(

Moga aku menemui penamat yang baik dlm kehidupan kt dunia ni. Penamat kematian dimana aku mencintakan Allah & Rasul Nya lebih drp segalanya. Amin amin amin.
















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat