Doa Senjata Kita

Satu demi satu kejadian besar menimpa dunia. Sebelum rejim Zionis memulakan peperangan, terlebih dahulu bekas Presiden Mesir, Dr. Morsi ditumbangkan dan diganti dengan watak baru yang sebenarnya boneka kepada US & sekutunya Israel. Skrg sempadan Mesir ditutup dan sebarang bantuan yang datang dari seluruh dunia untuk orang Palestin di Gaza tidak dapat disampaikan. Inilah permainan kaum paling derhaka kepada Allah SWT. Bani Israel yg telah diceritakan didalam Quran.

Allah dah janji yg kaum ini pasti akan di kalahkan apabila orang Islam sudah mula sedar & bersatu. Apabila seluruh umat Islam menjadi muslim yg patut & taat pd ajaran Islam, maka kita akan kuat & orang kafir akan kalah. Allah sedang membiarkan orang Yahudi sombong & bongkak merasakan tiada apa yang dpt menghalang mereka drp melakukan kekejaman kepada orang Palestin.

Pejuang Palestin dilihat semakin bertambah kuat pada serangan kali ini. Mungkin ramai umat Islam yang sudah mula bangkit dari kealpaan selama ini. Kita rasa sudah cukuplah penderitaan berpuluh tahun yang dialami orang saudara kita di Palestin. Maka kita bangkit memberi pelbagai bantuan dan doa yang tidak putus kepada Allah semoga memenangkan agamanya di sana. 

Senjata orang mukmin sememangnya DOA. 

Allah ada perancangan Nya yang kita takkan tahu. Tapi Dia pastinya mendengar doa kita utk saudara mara kita disana. Ya Allah, menangkanlah Palestin.

Buat masa ini, isu Gaza adalah priority utama aku. Maka aku coretkan disini apa yang dirasa oleh hati. 

Kita sudah di ambang hari Kiamat. Tanda-tanda utk perang dunia ke-3/ke-4 sudah semakin banyak. Sudah bersediakah kita?

 


Ya Allah, selamatkanlah kami.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat