Jalan Hidup

Perjalanan hidup setiap drp kita sudah ditentukan oleh Allah sejak kita dalam perut ibu kita lagi. Sebaik sahaja roh ditiup, segalanya sudah tertulis di dalam kitab di Luh Mahfuz sana. Rezeki kita, jodoh kita, ajal kita. All has been written.

Seperti yg kita sedia maklum, hidup kat dunia ni ada turun naiknya. Ada sedih & gembiranya. 

Aku pernah terbaca sekiranya kita rajin berdoa pada Allah utk segala kebaikkan yang kita mahukan pd diri kita dan orang lain, InsyaAllah boleh jadi perkara buruk yang sudah tertulis di dalam kitab sana boleh berubah menjadi perkara yang baik spt yg kita doakan.

Sebab tu kita jangan pernah jemu utk berdoa kepada Allah meminta rahmat & kasih sayang Nya kepada kita. Doa adalah senjata terhebat bagi orang-orang mukmin. InsyaAllah.

Aku selalu terfikir.....kita ni manusia iman dah la turun naik. Rasanya kalau takde rahmat drp Allah, bape kerat je tah yg masuk Syurga sok T__T

Untunglah Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang kepada hambaNya. Dia yg menciptakan kita semua. Dia tahu betapa lemahnya manusia ni. The thing is manusia cuma perlu sedar & akur dengan kelemahan diri dan sentiasa mengharapkan rahmat & kasih sayang drp Allah. Pada aku itulah kuncinya utk kita sentiasa akan kembali ke jalan yang lurus. Jalan yg kita minta Allah tunjukkan pd kita selama kita hidup kat dunia ni di dalam surah Al Fatihah. Wallahualam.

Jalan hidup kita berlainan drp satu sama lain. Tiada yg sama tentunya. Menjadi menusia ni selalunya kita selalu tertarik dengan kehidupan orang lain yang secara kasarnya nampak bahagia di mata kita. Kita impikan hidup sepertinya. Ada ke manusia yang suka nak hidup susah? Takde kan?

Masalahnya manusia ni senang lupa diri bila senang. Mula lah lupa Allah. Sbb tu Allah bagi ujian kesedihan atau kesukaran utk tarik semula kita ke jalan yang lurus. InsyaAllah. Kan selalu dengar orang kata, ujian Allah tu bermakna Dia sayang. Dia masih ambil peduli dengan kita. Dia nak bagi kita kebaikkan.

Kalau kita happy aje....aihh...menakutkan sangat bagi aku. Pada aku tu salah satu tanda Allah murka/marah pd aku T__T

Kita ada otak, kita boleh berfikir. Tak kiralah bagaimana korang nak relate hubungan korang dengan Allah. Tapi akhirnya kita InsyaAllah akan dapat kesimpulannya dlm pencarian itu. Bagi yg belum jumpa, teruskan mencari.

Tanpa Allah, hidup terasa kosong. Bila korang rasa jiwa korang kosong, kembalilah kepada fitrah manusia. ALLAH.

Rindu kembali bertamu...




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat