JPO & Aeon Kulai

Alhamdulillah dah balik dah dari kampung. Dapatlah berbuka puasa 2 hari kat sana. Tujuan sebenar cuma nak jenguk Abah yang kena mild stroke hari Ahad lepas. Tak sedap hati if tak balik even sekejap. 

Abah OK je. Cuma mulutnya masih senget. Hari-hari berurut utk betulkan balik urat saraf, peredaran darah semua. Lega tengok dia aktif je macam biasa. Berharap Abah akan sihat sentiasa lepas ni. Amin.

Semalam kami dengan family Abg Eddy & Kak Ya jalan-jalan JPO & Aeon Kulai. Dapat la rembat a few things for me & Naurah. Habi takde berkenan pape. Nazif pulak takde kasut yang menarik perhatian.

I just bought myself a Fossil watch since habi kerek pulak taknak even aku offer nak belanja. So, beli la utk diri sendiri haha. Dah lama tak pakai jam. So, rasa janggal skek. Lama-lama ok kot.


Kalau tak salah ada 50% less for this watch. After less RM199.50 only.

Lepas tu pergi cari kasut raya Naurah kat Clarks. Dia berkenan dengan kasut grey ni. Belasah jelah. Ade yg pink tapi saiz pulak dah habis. So rembat jelah apa yg dia nak. Kalau beli yang dia tak suka, ada harapan jadi hiasan je kasut tu kang. Takde less. RM110. Kasut for babies cam Nazif lansung tak ada. Pfttt.

Saiz 8

After that tuju Aeon pulak. Kat sini penat sgt jalan mencari hanbag yang berkenan. Habi offer nak belanja. Hehehe. Akhirnya jumpa yg kenan bila cari sama Kak Ya. Yang aku kenan mahal sangat. Sembonia RM500+. Erkkk. Range rege utk sebuah handbag bagi aku terlalu mahal. Baik beli Coach je kalau rege gitu which is aku takkan beli pun hanya utk sebuah handbag ekekek. Maybe range kemampuan belum di tahap itu. Sok sok mane tau ade rezeki lebih, dapat merasa pakai ork =P Amin. Hehehe

So dapat la handbag Carlo Rino after 40% less RM219. Pastu habi soh beli wristlet purse style jenama CR jugak. So rembat la dengan rege RM149.


RM149

RM219. Ade leather skek yg grey color tu

So tadi aku pun bukak m2u & sedihnya tengok balance duit HAHAHA. Terus interkom habi mengadu domba. Dia gelakkan je. Ciskek betol. Gane nak beli kurung sedondon dgn Naurah ini macam? Huuuu.....padan muka aku!

Sabtu ni Abg Eddy ajak g Jln TAR. Kitorang berbuka kat Grand Season & tido kat suite semalam. Agaknya aku lepak bilik je kot tengok TV. Bajet dah takde kehkohhh =P









Popular Posts