MH17 Terhempas!

Around 11malam tadi kita dikejutkan dengan berita MH17 dari Amsterdam ke Malaysia telah ditembak jatuh oleh missile. Didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro Russia di Ukraine. Allah menguji kita lagi. Warga Malaysia amnya.

Baru saja 4 bulan yang lalu kita dikejutkan dengan tragedi MH370. Ini kali kedua kita ditimpa bencana. Semua ni terjadi atas izin Allah juga.

Isu Gaza juga makin meruncing. Tentera Israel sudah memulakan serangan darat dengan bantuan dr serangan laut juga. Ya Allah, selamatkan saudara seagama kita disana. Berikanlah mereka hati yang berani utk menentang musuh agama Mu ya Allah.

Bimbang. Risau. Gusar.

Bercampur aduk perasaan yang aku rasakan. Dunia semakin tenat. Bagaimanakah nasib kita & anak-anak kita. Akan terus aman & selamatkah Malaysia seperti dahulu.

Baru sebentar tadi terdengar jet pejuang lalu di ruang udara Cyberjaya. Kuat bunyinya. Berderau darah & dupdap dada dibuatnya. Itu baru lah sikit. Orang Palestin kat Gaza sana saban waktu dengar mcm tu. Berserah je pd Allah if jatuh bom di rumah. Nak lari kemana? Ada tempat ke nak lari?

Ya Allah, menangkanlah agama Islam. Bantulah kami hamba-Mu yang lemah ini. Amin.

Mengapa MAS? Adakah ianya kebetulan?

Wallahualam.

Al Fatihah kepada penumpang MH17 yang beragama Islam.

Malam ini malam Ramadhan ke 21. 10 malam terakhir. Esok juga Nazif Zukhayr genap 1 tahun usianya di bumi Allah ini.



Berdoa lah utk umat Islam seluruh dunia. Allah pasti mendengarnya. Bantulah kami ya Allah :'(










Popular Posts