Nazif Jatuh Mulut Berdarah


Ohh Naurah. Selok sangat dia dengan kasut rayanya ni. Siap nak pakai ke kindy lagi. Sebbaek berjaya dihalang olehku huhu.

Cerita sebenar bkn pasal kasut. Tapi kejadian slps pic ni di snap. Naurah hepi sgt gaknye g dukung adik pusing-pusing pastu terjatuh & adik tersembam kat mozek. Nazif nangis kuat sangat sampai panik aku dibuatnya. Tengok mulut dia dah nampak darah T___T Gigil rasa badan aku masa tu. Pucat muka kalau ditoreh takde darah gaknye.

Terus capai towel kat atas sofa & lap-lap darah dlm mulut dia. Banyak. Huwaaaa. Dalam panik tu sempat lagi tangan singgah kat betis Naurah 2/3 das sbb geram. Padahal dalam hati dah tau bukan salah dia. Dia tak sengaja kot nak terjatuh. Agaknya kasut tu buat dia tak seimbang sgt pijak lantai.

Naurah tak menangis pun. Tapi muka takut lah dok diam je. Pastu nyorok belakang langsir. Dalam panik aku called habi yg otw ke office petang tu kerja lebih masa. Habi kata dia patah balik lah. A few minutes later Nazif berhenti menangis & aku pun dpt bertenang semula. 

Kesiannya tengok muka Nazif basah dgn airmata. Aku sua paci, dia nyonyot. Gaya nak tidur mata dah kuyu. Tapi serba tak kena pulak gane posisi tidonya. Maybe rasa sakit masih bersisa. Called habi semula cakap tak payah balik lah. Aku pantau je Nazif if ada muntah ke apa. Bagi susu, elok je dia minum. Lega. Not long after that he fall asleep. 

I called Naurah to come closer & said sorry for hitting her earlier. I said to her, I know you didn't mean to hurt adik right? She nodded her head & crying. I told her not to cry coz adik just fall asleep. Dia pun tahan menangis & aku peluk kepala dia. And then she asked me if adik will die. Aku cuma geleng kepala je. 

The question was funny but I know that it shows that she cares about his brother. I know you are a good sister Naurah. I'm sorry for blaming you earlier. Its my fault also for letting you picking up adik. Ahh...semuanya Allah dah takdirkan. Ada pengajaran di sebalik kejadian ni.

Semalam aku beranikan diri check mulut Nazif. Nampak normal je semuanya. Bibir takde pulak yg luka pecah ke ape. Agaknya darah dari gusi gigi dia yg kt bawah tu kot. Masa aku lap darah dlm mulut Nazif tu mmg nampak gigi dia berdarah. Aku dah bayangkan gigi dia patah masa tu T____T seram sejuk badan dibuatnya.

Lepas kejadian, aku sakit kepala. Maybe sbb terkejut sangat & panik. Itu baru anak jatuh tersembam berdarah gitu. Bayangkan pula bagaimana perasaaan ibu bapa yang anaknya meninggal dunia. Ya Allah......aku tak mampu bayangkan. Aku tak mahu bayangkan pun. Ya Allah, jgn Kau berikan ujian pada aku yang tidak mampu harunginya. Amin.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat