Penilaian Kindy Naurah - Half Year

Amboi. Baru kindy dah ada report kad bagai. Hehehe. Sabtu lepas kami ke kindy Naurah utk sessi perbincangan bersama guru kelas Naurah, Teacher Nurul. Setelah 6 bulan ke kindy, kami pun nak tahulah apa perkembangan terbaru Naurah drp segi pembelajaran & pergaulan kan. Setahun cuma 2 kali je sessi berjumpa ibu bapa & guru ni. Cukup lah tu bagi aku =) Nanti akhir tahun kita jumpa lagi ye.

Kami datang lewat menghampiri waktu tamat sessi jam 11pagi. Bagus jugak. Sbb rasanya kalau pegi awal lagi lama kena tunggu hehe. Sessi dengan guru ni banyak rangkuman jugak. Dalam 30 minit ada lah jugak bagi sorang anak tu. 

Kesimpulannya Naurah punya progress baik-baik aje. Banyak jugak dia dapat Good & Excellent. Not bad for a 4 year child. Teacher Nurul kata, Naurah ni cepat tangkap. Kadang cakap sekali je dia dah boleh ingat. I was like...yer meh? Hahahaha. Jahat betol maknye ni. Tak percaya pulak pada kebolehan anak =P

Entahlah. Rasa mcm pelik pun ada sessi ni. Masih teringat dulu aku yg tunggu abah datang amek report kad masa sekolah. This time aku dengar ulasan cikgu tentang anak aku. Macam blur pun ada. Hahaha. Tah pape ^__^"

Kelemahan Naurah pun banyak juga lagi. Contohnya bab menulis huruf without dotdot tu masih lemah. Tak berbentuk sangat hurufnya. Tapi dia dah kenal semua huruf rumi & jawi. Takde masalah. Nombor pun dah kenal semua. Hafalan tu ada yang dpt excellent & ada yang average. Aku rasa dia tak ingat nama Surah. Sbb bila teacher recite surah awalan tu, baru dia tangkap & baca.

Pastu masa solat Naurah tak fokus sbb banyak bersembang. Kata teacher masa daycare Naurah kawan dengan budak yang 5 tahun sbb budak 4 tahun dia sorang je. So budak 5 tahun ni lagi la byk potpet kan. So diorang suka sembang dengan Naurah katanya. Popular awak kat sekolah ye nak. Hahahaha. Teacher kata Naurah pandai bergaul dengan kawan-kawan. Takde masalah apa. Good girl anak ibu ^__^

So overall utk budak 4 tahun, teacher kata Naurah OK sangat lah. Nanti dia dah 5 & 6 tahun lagi la dia byk boleh tangkap. Puas hati lah senang kata hantar Naurah kat kindy Little Jannah Integrated Kindy ni. Naurah pun happy pergi sekolah. She;s happy, we're happy.

Pic lama hahaha




Popular Posts